Categories: Hiburan

Oktovia Manrose pernah kahwin diusia 20 tahun, kini 8 tahun jadi ibu tunggal

Oktovia Manrose kini semakin naik namanya sebagai seorang pelakon. Kakak kepada Apreena Manrose ini seringkali muncul di kaca televisyen menerusi beberapa drama bersiri. Antara drama lakonannya ialah seperti Cinta Si Wedding Planner, Dendam Aurora, Cinta Tiada Ganti dan juga drama Bukan Kahwin Paksa.

Selari dengan namanya yang semakin naik, ramai yang nak tahu status terkini Oktovia, adakah masih single atau telahpun berpunya.

Menerusi satu interview, Oktovia Manrose menjelaskan bahawa dia sebenarnya dah lapan tahun bergelar seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak.

Tentang hal peribadi dan juga kisah lama perkahwinannya sebelum ini, Oktovia takde lah nak berahsia tapi jarang nak buka cerita tentang hal berkenaan.

“Saya memang pernah berkahwin sebelum ini, dan telah berpisah. Sekarang ni saya membesarkan anak tunggal, seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rayyan Zafariel yang dah masuk 8 tahun.

“Oleh kerana perkahwinan sebelum ini gagal, saya lebih suka untuk pilih berada dalam zon selesa saja. Ini sekaligus membuatkan saya jarang nak share hal personel.

“Sama juga kat laman media sosial, memang jarang update hal peribadi, saya lebih banyak share hal tentang kerjaya saja”.

Oktovia Manrose menambah dia kahwin di usia yang muda dan mengatakan ianya satu lumrah kehidupan. Ada yang berjaya da nada yang tak berjaya.

“Saya menjadi isteri pada umur baru masuk 20 tahun pada tahun 2011 dan saya serta suami telah berpisah dua tahun lepas itu”.

“Apa yang terjadi adalah lumrah hidup ini. Saya jadi kuat untuk harungi hidup ini daripada ayah saya. Walaupun jarang jumpa, tetapi ayah tak pernah nak nilai dan percaya saya akan jadi seseorang yang baik.

Bercerita tentang anaknya, Oktovia menyatakan memang bukan satu yang mudah nak jadi ibu tunggal namun ianya satu amanah yang perlu dijaga.

“Tak mudah nak besarkan anak sendirian pada usia muda. Yang pastinya, anak saya ni telah jadi tunjang kekuatan semangat buat saya”.

“Anak ini adalah amanah dan saya akan sentiasa beri yang terbaik pada dia. Saya dan bekas suami juga ada contact melalui ibu mentua”.

Untuk info, Oktovia adalah anak kepada penyanyi dangdut popular, Iwan dan juga pelakon arwah Rosnah Mohd Noor.

Share

Recent Posts

“Mampu ke cari pengganti macam aku, saya rupawan, genit manja” DS Vida

Semua pun dah tahu bahawa, Ahmad Iqbal Zulkefli kini sedang membawa diri ke negara jiran…

8 hours ago

Adik dedah mesej Datuk Fazley Yaakob “I’m not fantastic singer”

Dua kali berturut-turut penyanyi Dato Fazley Yaakob berada di dua kedudukan terbawah untuk rancangan Gegar…

12 hours ago

Peserta Gegar Vaganza 6, Roy masih terlantar di hospital

Penyanyi yang juga bekas peserta Gegar Vaganza iaitu Roy, dikatakan sedang terlantar dan masih lagi…

13 hours ago

Iqbal nak kenali Rossa lebih mendalam, “Suka tengok dia, sopan, tak gedik”

Berada di negara jiran Indonesia, Ahmad Iqbal turut menjadi perhatian setelah melahirkan hasrat untuk membeli…

23 hours ago

“Kenapa mereka diperlakukan begitu, memalukan Dato Fazley dan Ani Mayuni” ~penonton

Semalam minggu kedua Gefar Vaganza telah berlangsung dengan lancarnya. Sekali lagi Aliff Aziz dan Adibah…

1 day ago

Luahan Rosa Serra, Shuk tak beri kerjasama? Rasa digantung tak bertali

Rossa Sera isteri kepada pelawak Shuk Sahar dilihat kini bertekad untuk tidak mahu lagi hidup…

1 day ago

This website uses cookies.