Categories: HiburanViral

Pak Ya sah kena gam sebab lawak sindir kerajaan di final MLM

Antara peserta di akhir MLM2019 ialah kumpulan Rare iaitu Ajak (Shiro), Ropie dan Ilya (Pak Ya). Lawak mereka di MLM final nampaknya memberi kesan kerana mereka dikatakan menyindir kerajaan.

Dek kerana itu, Ilya Buang yang lebih dikenali dengan nama Pak Ya, dikatakan telah kena gam, lantas tak dapat nak sertai rancangan Sepahtu Reunion Live yang berlangsung di Royal Teater, Shah Alam pada hari Jumaat.

Kalau ikutkan, dah dua episode, Pak Ya tidak sertai rancangan Sepahtu Reunion Live itu.

Pak Ya sendiri tampil mengesahkan hal ini, yang ahli kumpulan rare kena gam dari buat persembahan di Shah Alam akibat lawak di malam final Maharaja Lawak Mega 2019.

Ini komen dari Ilyan yang juga bekas ahli kumpulan Senario: “Ya, mmg betul, saya kena sekat dari beraksi oleh orang tertentu di Shah Alam, Selangor.

“Ini mungkin sebab lawak di MLM2019 yang saya buat masa pentas akhir hari tu kerana mereka sendiri (pihak berkenaan) yang maklumkan kepada pihak penyiaran Astro.

“Mmg saya akui ada lawak sindiran, namun ianya dibuat untuk tujuan jenaka sahaja. Saya tidak menyangka pihak mereka begitu serius ttg hal ini”.

Bagi Ilya, kes berkenaan tak patut jadi isu sebab semua isi persembahan kumpulan Rare di final itu telahpun dapat kelulusan.

“Mereka kena paham, sebelum nak buat persembahan, semua peserta wajib persembahkan isi kandungan lawak mereka kepada pihak produksi dan produksi akan semak pula dengan pihak-pihak lain utk bagi kelulusan.

“Kandungan lawak kami tak ada masalah dan ketika siaran langsung malam itu semuanya lepas. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, kalau ikutkan pun tak ada masalah tentang lawak itu”

Ilya juga memberitahu bahawa semua ahli kumpulan tak lepas untuk buat sebarang persembahan di Shah Alam.

Ropie dijadualkan ada persembahan dengan penyanyi, iaitu Datuk Awie untuk konsert Romantika tapi dia pun kena halangan dan tak dapat buat.

Sementara itu, Ajak pula buat masa sekarang bekerja di luar Shah Alam, kerana itu dia taka da sebarang masalah buat masa sekarang.

Ini komen Ilya lagi: “Apa yg sy nak beritahu, sampai kini, saya memang tidak dapat kebenaran dan tak lepas untuk buat sebarang rakaman termasuk Sepahtu Al-Puasa dan pihak produksi dah pun buat keputusan utk batal kan rakaman sebab saya tak ada.

Pak Ya turut minta maaf kepada pihak Astro jika dia telah ganggu pihak produksi dan berharap hal ini dapat diselesaikan tak lama lagi.

Share

Recent Posts

Pendapat pedas Ahmad Iqbal tentang isu DS Vida dan Anuar Zain

Ahli perniagaan terkenal, Ahmad Iqbal Zulkefli akhirnya tampil memberi pendapatnya tentang isu yang melibatkan Dato…

47 mins ago

Anak sulung baru 10 bulan, Tasha Shila umum hamil anak kedua, tahniah!

Satu berita baik telah disampai oleh pelakon Tasha Shilla apabila kini sah hamikl anak kedua.…

2 hours ago

Kenapa sebut pasal projek besar semasa minta maaf pada Anuar Zain, ini respon Vida

Susulan satu komen dari Datuk Seri Vida yang melibatkan nama Anuar Zain, ahli perniagaan ini…

12 hours ago

“Mungkin jodoh di alam lain” Anuar Zain

Anuar Zain seorang penyanyi yang terkenal dengan kelunakkan suaranya yang amat berlemak dan merdu. Dengan…

13 hours ago

“We did it..” Ayda Jebat dan suami beli bungalow tiga tingkat

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat sedang meniti jambatan bahagia bersama suami tercinta, Nabil Mahir. Kini…

15 hours ago

Anak tak sangka rupanya Pian Cecupak ada pusat tahfiz, habiskan detik akhir jaga ibu

Pelawak Pian Cecupak telah pun pergi buat selamanya malam semalam. Setelah pemergian yang ditangisi ahli…

1 day ago

This website uses cookies.