“Pakcik ni memang sedih, dia luahkan perasaannya..” Puteri Sarah Liyana

2,178 views

Pelakon Puteri Sarah Liyana telah mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan pakcik yang viral di video seorang usahawan baru-baru ini.

Melihat video pakcik berkenaan dijatuhkan air mukanya, Puteri Sarah Liyana datang ke pusat transit gelandangan Kuala Lumpur dan bertemu dengan warga meas berumur 64 tahun itu.

Puteri Sarah ada muatnaik sedikit sedutan video ketika dia bertemu dengan pakcik berkenaan.

Kata pelakon ini, pakcik ii memang ada rasa sedih kerana kejadian yang menimpanya dan ada meluahkan pada Puteri Sarah.

Ini tulis isteri kepada Syamsul Yusof ini di laman Ig miliknya.

“Tak apa pakcik. Ramai yang amat sayang pada pakcik dan hargai pakcik serta akan doakan pakcik. Rakyat Malaysia ni memang marah dengan tindakan influencer tu. Tindakannya itu amat tak patut.”

“Syukur pada Illahi sebab sempat berjumpa dengan pakcik ni. Pakcik ni memang sedih dan malu ekoran hal yang berlaku tu. Sempat dia meluahkan perasaannya tadi.”

“Umur dia dah 64 tahun dah. Bayangkanlah ibu bapa kita kalau mereka yang kena sound seperti yang berlaku pada pada pakcik ini. Ya tuhanku.”

Ini pula nasihat dari Puteri Sarah Liyana kepada semua orang tentang sikap yang perlu dijaga terutama apabila berada di atas puncak kejayaan.

“Sungguhpun sekaya mana kita, sehebat mana pun kita, janganlah sesekali kita bersikap sedemikian kepada orang tua, ingatlah bahawa kita ni bukannya selalu akan berada di atas, kelak nanti kita akan berada di bawah juga.”

Pakcik ini bernama Abdul Hadi berumur 64 tahun dan dikatakan berasal dari Indonesia. Pakcik ini dihantar ke pusat transit ini oleh pihak DBKL.

Usahawan yang dikatakan memalukan pakcik ini iaitu Carl Samsudin, telahpun datang bertemu dengan pakcik tersebut dan meminta maaf di atas percakapannya itu.