Pelakon dedah kena reject jadi watak utama sebab tak nak jadi kekasih producer

2,368 views

Nama Adrea Abdullah mungkin ramai yang tak berapa nak kenali. Tetapi, sebenarnya wanita berumur 44 tahun ini dah pun berlakon dalam puluhan drama dan juga beberapa buah filem. Kesemuanya sebagai pelakon pembantu.

Antara lakonannya adalah dalam filem Sifu Dan Tongga, Kahwin Lima, Hantu Tok Mudim dan filem Blok 404 pada tahun 2018.

Pengalamannya sebagai pelakon, Adrea Abdullah ada cerita satu peristiwa yang tak dapat nak dilupakannya.

Menerusi satu video, Adrea menceritakan tentang pengalamannya semasa baru masuk dunia lakonan. Adrea menerima satu tawaran sebagai watak utama satu drama dan akan sign kontrak di sebuah lokasi penggambaran.

Akan tetapi, Adrea kena janji buat satu syarat ini, iaitu dia kena setuju untuk menjadi teman wanita kepada produser tersebut.

Bagi Adrea, pelawaan itu bukan lah nak ajak menjadi teman wanita semata tetapi lebih kepada nak jadi gadis pengiring.

Ini antara ayat yang diungkapkan oleh producer berkenaan: “Lepas ni hari-hari la kita jumpa kan. Adrea tahu berapa orang yang nak karektor ni? Awak ti masih baru lagi dalam industri lakonan ini. Ini peluang besar untuk awak, perlukan kena berkorban.

Terkejut dengan syarat berkenaan, Adrea memberitahu producer terbabit bahawa dia bukan perempuan sedemikian. Akan tetapi, dia janji untuk beri komitmen 200 peratus untuk bawa watak berkenaan.

Produser berkenaan hanya pandang Adrea dan minta balik. Kemudian, dua hari lepas tu, mereka teruskan penggambaran tanpa Adrea, tetapi dengan pelakon wanita lain. Adakah dia sanggup, hanya tuhan yang tahu.

Adrea memang kecewa, sebab dah tolak job lain untuk watak berkenaan, namun bersyukur kerana menolak pelawaan producer berkenaan.

Sepanjang menjadi pelakon, Adrea akui hanya seorang produser saja yang berperangai sedemikian.

@adreaabdul

Ade producer drama bagi syarat jadi ‘GF’ (gro/ skandal) baru dpt jadi heroine? Memang tak la! Cabaran adrea jadi pelakon baru, dulu. ##celotehadrea

♬ original sound – Adrea Abdul
@adreaabdul

Adrea tak sanggup mengangkang terus Kene buang dri shoot? Sorry I bukan pelacur! Tapi tak semua jahat, ramai producer lain yg baik2. ##celotehadrea

♬ original sound – Adrea Abdul

Jelas Adrea Abdullah, kadangkala pelakon tidak popular itu bukan tak berbakat, namun tidak diberi peluang seperti yang dia kena tu.