Categories: Hiburan

Pelik betul isteri Nazrief Nazri mengidam

Pelakon Nazrief Nazri dan isterinya amat berdebar-debar dan teruja untuk menerima kehadiran cahaya mata pertama dan bergelar ibu bapa pada bulan depan.

Kandungan isterinya, Aizatul Akma kini telah pun masuk 8 bulan usianya, dah tak lama dah. Kata Nazrief Nazri, semua persiapan untuk menerima kehadiran ahli keluarga baru telahpun disediakan.

Persiapan baby semua kami dah beli. Isteri dah pun buat research tentang jenis keperluan yang perlu disediakan, lepas tu saya pun pergi beli.

Jelas Nazrief Nazri, dalam PKP ini, isteri minta nak abadikan kenangan bergambar sebelum bersalin, dan dia pun siapkan sendiri studio.

Sebelum lahirkan anak, isteri minta untuk photoshoot. Jadi saya pun buat sendiri studio, pacak lighting lepastu tangkap gambar sendiri.

Katanya sepanjang hamil, memang isterinya itu sering mengidam hal yang pelik-pelik. Antaranya mahu beli beg jenama mewah.

Ketika trimester pertama agak teruk sebab isteri muntah-muntah, badan rasa lemah, tidak boleh masuk dapur dan tak suka bau ikan, hampir semua tak boleh.

Waktu malam pula sebelum masuk tidur, saya kena pakai perfume, dia mahu bau wangi.

Lepas tu dia mengidam nak makan cempedak goreng, mangga harum manis dan ikan siakap bakar. Dan yang paling pelik sekarang dia mengidam beg LV, pelik betul mengidam tu.

Syukur alhamdulillah sekarang ni isteri dah kembali normal namun yang nampak beza dia kini cepat rasa penat.

Pelakon ini berkata bila tiba waktunya mereka akan umumkan nama dan juga jantina anaknya. Jelasnya, nama baby pertama ini isteri yang pilih.

Untuk first baby, isteri yang pilih nama anak. Saya mengalah kali ni. Insyaallah jika ada peluang ada anak kedua nanti saya pula akan bagi nama.

Untuk pengetahuan, Nazrief Nazri dan Aizatul Akma bernikah pada tarikh 15 November 2019.

Share

Recent Posts

“Selama ni I menangis pada you” ~Puteri Sarah pada Neelofa.. Lofa antara yang tahu awal

Kisah yang melanda rumah tangga Puteri Sarah Liyana diganggu orang ketiga rupanya dah diketahui oleh…

8 hours ago

“Saya tak mereka-reka cerita” Lufya Omar

Ramai yang bersimpati terhadap pelakon Lufya Omar setelah mendedahkan dirinya dan anak telah alami satu…

10 hours ago

“Memang trend bercinta dengan suami orang eh, ingat dah insaf” ~ Fizi Ali

Nama penyampai radio Suria FM, iaitu Fizi Ali seringkali jadi topic percakapan orang ramai di…

12 hours ago

“Kepada sesiapa penyondol, lepas ni berhati hati” Puteri Sarah Liyana

Kini pelakon Puteri Sarah Liyana dah pun ambil tindakan menyaman wanita bernama Ira Kazar yang…

24 hours ago

“Kau ingat sikit, ni peserta budak” Mas Idayu menjerit, sampai menangis peserta cilik, rupanya lakonan saja

Kini satu rancangan reality melibatkan peserta cilik atau kanak-kanak sedang berlangsung. Rancangan ini ialah Ceria…

1 day ago

“Saya rasa amat selamat dengan Awie” ~ Erra Fazira

Erra Fazira akan tampil bersama Awie dalam Konsert Awie Romantika yang bakal diadakan di Sabah.…

1 day ago

This website uses cookies.