Categories: News

Penyanyi Ezlynn dah beri keterangan setelah dipanggil SPRM

Kini ada tersebar satu dokumen mendedahkan bahawa dua selebriti terkenal tanah air ada bekerjasama dengan seorang ahli perniagaan untuk buat pengubahan wang.

Dokumen berkenaan telah mengaitkan nama penyanyi berumur 39 tahun iaitu Ezlynn.

Jelas penyanyi ini, dia memang ada dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan telahpun beri keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 19 Februari lepas.

Ianya adalah berkenaan siasatan tentang pembabitannya dan seorang lagi pelakon dengan lelaki berkenaan dalam kegiatan yang tidak dibenarkan.

Ezlynn memberitahu dia terima satu mesej daripada pihak SPRM yang memintanya datang untuk beri keterangan dalam membantu siasatan. Ini kenyataannya dari portal Harian Metro.

“Saya ikut arahan berkenaan dan hadir ke pejabat SPRM seorang diri. Saya telah beri kerjasama yang baik dengan pihak berkuasa. Buat masa sekarang pihak SPRM cakap saya tak ada kena-mengena dalam perkara ini.”

Ezlynn memaklumkan kepada pihak SPRM bahawa dia memang tak pandai nak buat business, dan pihak berkuasa tahu Ezlynn tak ada kaitan.

“Mereka juga bertanya pada saya, adakah saya ada terima sejumlah wang tunai dari individu tersebut dan saya jawab tak ada terima.”

Tentang pelakon seorang lagi itu, Ezlynn tidak mahu memberi komen lanjut dan tak tahu sama ada dia sudah bertemu pihak SPRM.

“Nama saya dikaitkan sebab saya yang kenalkan lelaki berkenaan dengan pelakon tersebut. Sehari selepas kenal lelaki itu, keesokan harinya, saya teruskan kenalkan pada pelakon berkenaan.”

“Saya ni tak tahu dia ada berniaga apa. Dia mula kenal saya dari laman media sosial Instagram. Dia kata dia akui salah seorang peminat saya dan kemudian ada ajak saya untuk berniaga, namun saya cakap saya tak reti.”

“Oleh itu saya kemudian kenalkannya pada pelakon itu sebab dia memang seorang yang pandai berniaga.”

“Pelakon tu ada contact saya dan ada ajak jumpa tapi sebab saya sibuk, saya tak sempat bertemu dia.”

Ezlynn merupakan salah seorang peserta Muzikal Lawak Superstar bersama Wan Gegau dan juga Hazwan.

Share

Recent Posts

“Saya pun pernah kena” Jiran Awal Ashaari, Lufya Omar dedah perangai management

Sebelum kecoh juga tentang kes melibatkan Awal Ahaari sehingga kena dakwa kat mahkamah, gara-gara mengalihkan…

1 hour ago

Sah talak tiga, ini luahan hati dari Vivy Jeffry, bekas isteri Amar Asyraf

Pelakon Amar Asyraf dan wanita bernama Vivy Jeffry kini disahkan bukan lagi suami isteri setelah…

3 hours ago

“Saya tengok dengan mata saya sendiri, memang itu keadaan Ustaz Kazim” Mawi

Pengarah dan penerbit Mawi akhirnya tampil membuat kenyataan tentang keadaan pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim…

18 hours ago

Azri Iskandar masih keliru, akui tak menolak rujuk semula dengan Ellie Suriaty

Baru beberapa berpisah dengan bekas isterinya Ellie Suriaty, pelakon dan pengarah Azri Iskandar akui kini…

20 hours ago

“Padanlah rezeki dia murah” Sikap terpuji Johan Raja Lawak, sampai berhenti tepi jalan

Seorang pengguna Facebook telah bertindak mendedahkan satu perbuatan yang amat murni dari pelawak dan penyampai…

23 hours ago

“Menda kau ni, tak patut komen macam tu. Ini bukan masa bergurau Aeril Zafrel”

Datuk Ustaz Kazim Elias ada muatnaik mendedahkan dirinya terkena sakit yang tidak tahu apa puncanya.…

1 day ago

This website uses cookies.