Penyanyi kena ada adab – teguran Siti Sarah

17,458 views

Memang dahsyat juga kisah Nabila Razali di pentas Anugerah Juara Lagu pada hari Ahad lepas.

Sampaikan banyak pihak yang berdebat di alam maya, berdiskusi tentang nyanyian Nabila Razali membawa lagu peluang Kedua.

Ada yang memberi komen pedas kepada Nabila Razali dan memintanya sedar agar dia bukanlah penyanyi yang baik dan lebih baik fokus kepda dunia lakonan atau lagu yang mudah dinyanyikan.

Namun ramai yang beri kata-kata semangat kepada Nabila Razali agar bangkit semula selepas ini dan teruskan usahanya sebagai penyanyi.

Melihat ada segelintir selebriti yang turut sama dilihat seperti mahu sindir Nabial Razali.

“Adab sebagai seorang penyanyi kena selalu ingat, jangan kita ni nak perlekeh persembahan orang lain, rakan penyanyi lain.”

“Penyanyi pun mempunyai adab tersendiri. Saya juga banyak belajar dari setiap persembahan yang pernah dibuat sebelum ini.”

“Setiap performance merupakan satu ruang untuk jadi yang lebih baik sampailah jadi yang terbaik. Semua benda yang terjadi adalah di atas izin yang maha esa.”

“Benda yang baik terjadi kita amik untuk diri sendiri. Kalau yang buruki pula, kita jadikan pengajaran dan jangan sesekali nak perlekeh pula. Kadangkala kita tak tahu, nanti takut jadi pada diri sendiri pula.”

“Dulu pun saya pernah kena komen macam-macam dan ianya tak best dan tak seronok.”

Siti Sarah pernah tergelincir ketika buat persembahan lagu Semalam di AJL34 dan telah menerima komen yang kurang baik dari para netizen ketika itu.

Ini pula komen dari Siti Sarah kepada Nabila Razali setelah bebeapa kali terkucil ketika nyanyi live di AJL35.

“Persembahan Nabila Razali malam tadi di AJL, saya nampak dia dah pun usaha sehabis baik. Dia pun siap dah pergi kelas vokal. Tak apalah Nabila. Teruskan belajar dan jangan give up.”