Categories: Viral

Penyebar video dikenalpasti, peguam kata tujuannya nak jatuhkan Carl Samsudin

Laman media sosial sedang penuh dengan kisah yang melanda seorang influencer bernama Carl Samsudin ekoran videonya bersama seorang warga emas di pusat transit gelandnagan Kuala Lumpur yang viral.

Dengan suara yang lantang serta ayat yang seakan memperkecilkan warga emas berkenaan, usahawan ini terus kena bambu dengan netizen dan orang ramai.

Malah ramai artis serta selebriti turut meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Carl Samsudin itu.

Kerana isu ini boleh dikatakan jadi besar, akhirnya Carl Samsudin terpaksa menelitinya dengan pihak peguam iaitu Emma Sakira.

Melalui laporan dari portal Mstar, peguam berkenaan menjelaskan, video berkenaan hanya sekerat saja, bukan video penuh. Dan ini sekaligus membuatkan Carl nampak seakan seorang yang tidak baik.

Emma juga meneliti sekiranya video ini bertujuan untuk menjatuhkan anak guamnya itu.

Pihak berkenaan rekod video ini, dan ambil klip pada ketika Carl sedang beri ceramah motivasi, dan ketikaitu dia sedang bersemangat. Dia bukannya nak herdik tetapi hanya beri semangat.

Permainan orang berkenaan mahu jatuhkan Carl konon dia seorang usahawan yang nampak tak baik, serta nak tunjuk orang ramai seperti Carl ini tiada adabnya, kurang ajar, dan telah herdik warga emas, walhal perkara berkenaan adalah tidak benar. Orang dah interprete sebab pihak yang menyampaikan dengan cara sedemikian.

Peguam ini berkata bahawa Carl memberi motivbasi menerusi program ‘Ubah Hidup’ kepada 20 orang gelandangan.

Memberi motivasi kepada golongan gelandangan adalah berbeza dengan beri motivasi holongan lain, tidak seperti di sekolah atau di university.

Berceramah motivasi, kena la semangat membuak. Dari video itu, Carl sedang memberi semangat kepada pakcik berkenaan. Pakcik itu hadir ke depan secara sukarela, bukan dipaksa. Dia sendiri datang ke depan untuk cerita pengalaman hidupnya.

Bukannya dia herdik, itu memang tak benar. Ada pihak nak buat seprti itu, tujuannya adalah nak jatuhkan Carl, sampaikan dah viral video ini satu Malaysia.

Pihak peguam juga menyatakan Carl Samsudin akan buat report polis setelah video berkenaan tersebar, dan ia dibuat untuk bersihkan nama Carl.

Peguam Emma berkata pihak yang menyebar video itu dah dikenalpasti dan namanya akan ditulis dalam report polis yang akan dibuat kelak.

Share

Recent Posts

Dato Seri Vida dedah punca sebenar datang rumah Iqbal jam 3 pagi

Kisah antara Dato Seri Vida masih lagi belum berakhir apabila jutawan berkenaan hadir ke rumah…

2 hours ago

“Saya bukan pelawak, memang bukan bidang tetapi..” Ini komen Uqasha Senrose

Uqasha Senrose telah menjadi pilihan pihak produksi sebagai salah seorang juri untuk pertandingan lawak terkenal,…

1 day ago

Dato Seri Vida masuk ke kawasan rumah tanpa pengetahuan Iqbal pada jam 3 pagi

Ahmad Iqbal sekali lagi mendedahkan sesuatu yang mengejutkan hari ini. Ini apabila sekitar jam 3…

2 days ago

Shahrol Shiro persoal pemilihan juri Maharaja Lawak Mega

Rancangan yang popular di Malaysia iaitu Maharaja Lawak Mega 2021 telah bermula malam tadi. Sebanyak…

2 days ago

“Caprice berlagak, syok sendiri, nak ikut pendapat dia saja” Iqbal pilih Floor88

Usahawan yang kini sedang viral iaitu Ahmad Iqbal mengambil peluang nama sedang naik dan mahu…

3 days ago

“Ingatkan Pak Nil tadi” Komen netizen kepada foto Juliana Evans

Sekarang kerajaan dah pun buka border, dan semua boleh rentas negeri untuk pulang ke kampung…

3 days ago

This website uses cookies.