Categories: Viral

Perbualan penuh: Wanita luah hasrat mahu jadi madu Ayda Jebat, nak kahwini Nabil

Ayda Jebat kini sedang bahagia melayari bahtera perkahwinan dengan Nabil Mahir sejak bernikah pada bulan Januari yang lalu.

Malahan mereka berdua sering curi tumpuan orang ramai setelah berkahwin kerana selalu sahaja menunjukkan kemesraan mereka setelah bergelar suami isteri.

Antara kisah yang viral ialah tentang sikap Nabil Mahir yang suka memakai baju koyak dan suka bau ketiak Ayda Jebat.

Kini ada satu lagi kisah berkenaan pasangan baru berkahwin ini dan ianya berkaitan satu isu yang agak sensitive buat kaum wanita yang bergelar isteri.

Kisahnya ialah ada seorang wanita yang meluahkan hasratnya untuk berkahwin dengan Nabil Mahir.

Hal ini didedahkan oleh Ayda Jebat setelah dia menerima mesej dari wanita berkenaan di laman media sosial.

Jelas wanita itu, Nabil Mahir mempunyai ciri-ciri lelaki yang dia amat suka dan sanggup nak jadi isteri kedua kepada Nabil Mahir.

Ini tulis wanita berkenaan: “Kalau mau jadi madu Ayda boleh tak? Ini kerana saya nak cari lelaki macam ini, seperti Nabil, tapi memang tak jumpa-jumpa lagi sampai sekarang.”

Membaca hasrat wanita itu, Ayda Jebat tidak naik angin dan menulis reply kepada wanita berkenaan dengan baik sekali. Apapun Ayda Jebat memang tidak membenarkan suaminya itu berkahwin lain, tak mahu bermadu.

“Nak jawab macam mana ni. Awak ini comel lah. Kalau nak jadi madu saya memang tak bolehlah, nanti saya akan cubit awak. Memang nakal betul ya. Apapun, saya berdoa supaya awak akan dapat jodoh yang lebih baik, sempurna dan terbaik untuk awak. Insyaallah, dengan izinnya dan sentiasa istikharah. Selamat berjaya buat awak.”

Itulah yang ditulis oleh Ayda Jebat kepada wanita berkenaan.

Untuk info, Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah selamat mendirikan rumah tangga pada tarikh 1 Januari tahun ini..

Share

Recent Posts

Dato Seri Vida dedah punca sebenar datang rumah Iqbal jam 3 pagi

Kisah antara Dato Seri Vida masih lagi belum berakhir apabila jutawan berkenaan hadir ke rumah…

2 mins ago

“Saya bukan pelawak, memang bukan bidang tetapi..” Ini komen Uqasha Senrose

Uqasha Senrose telah menjadi pilihan pihak produksi sebagai salah seorang juri untuk pertandingan lawak terkenal,…

1 day ago

Dato Seri Vida masuk ke kawasan rumah tanpa pengetahuan Iqbal pada jam 3 pagi

Ahmad Iqbal sekali lagi mendedahkan sesuatu yang mengejutkan hari ini. Ini apabila sekitar jam 3…

2 days ago

Shahrol Shiro persoal pemilihan juri Maharaja Lawak Mega

Rancangan yang popular di Malaysia iaitu Maharaja Lawak Mega 2021 telah bermula malam tadi. Sebanyak…

2 days ago

“Caprice berlagak, syok sendiri, nak ikut pendapat dia saja” Iqbal pilih Floor88

Usahawan yang kini sedang viral iaitu Ahmad Iqbal mengambil peluang nama sedang naik dan mahu…

2 days ago

“Ingatkan Pak Nil tadi” Komen netizen kepada foto Juliana Evans

Sekarang kerajaan dah pun buka border, dan semua boleh rentas negeri untuk pulang ke kampung…

3 days ago

This website uses cookies.