Polis jumpa video birthday Dai Syed, penyanyi Ratu Balqis beri keterangan

121,949 views

Seorang penyanyi yang juga bekas peserta rancangan reality, Ratu Balqis telah dipanggil pihak berkuasa ekoran kes melibatkan pendakwah selebriti Dai Syed Iqmal. Ratu Balqis telah hadir ke balai polis dah telahpun memberi kerjasama dengan baik.

Penyanyi ini dipanggil setelah polis menemui dua video sambutan birthday Dai Syed Iqmal yang maan Puteri Balqis ada didalam video berkenaan.

Betul saya telah dipanggil ke ibu pejabat polis Petaling Jaya tengah hari tadi kerana beri keterangan untuk bantu siasatan berkenaan dakwaan terhadap Dai Syed”.

Ini kerana pihak polis dah jumpa rakaman video yang mana saya dan dua orang rakan ada menyambut hari jadi Dai Syed Iqmal di sebuah kafe pada tarikh 21 November baru-baru ini”.

Syukur sangat, semuanya berlangsung dengan lancar dan saya dilayan baik oleh pihak polis. Pada mulanya, saya terkejut setelah menerima panggilan untuk beri keterangan”.

Memang saya gementar namun tak ada apa yang saya patut risaukan kerana saya tak ada pun buat sebarang kesalahan”.

Puteri Balqis ditemani oleh pengurusnya ketika hadir di balai polis dan berada di sana lebih kurang satu jam.

Tambahnya, hubungannya dengan Dai Syed sekadar rakan biasa dan tiada hubungan lebih dari itu.

Hubungan kami tak lebih dari itu. Dai Syed hanya kawan selebriti sebab kami berdua sama-sama berkecimpung dalam bidang yang sama. Saya penyanyi dan dia juga penyanyi yang baru keluarkan single”.

Kata penyanyi ini, dia kini hanya mampu doakan agar semua urusan dipermudahkan buat Dai Syed dan juga semua mangsa.

Sebagai kawan selebriti, saya doakan agar semua urusan Syed disenangkan dan kes ini dapat diselesaikan. Kepada perempuan di luar sana, saya nasihatkan supaya jangan senang percaya dengan kata-kata lelaki yang baru dikenali. Kita kena sentiasa jaga diri”.

Puteri Balqis sebelum ini pernah sertai rancangan Mentor Milenia 2017, dan jelasnya dia hanya mula mengenali Dai Syed sekitar bulan Oktober yang lepas.