Categories: Viral

Polis siasat founder kosmetik tak suka solat, Mufti Kelantan beri komen

Satu video tersebar yang telah membuatkan ramai netizen geleng kepala. Video itu menunjukkan seorang usahawan yang mengatakan dia tak suka mendirikan tiang agama iaitu bersolat.

Video berkenaan dibuat di laman Faceobook, yang mana wanita berkenaan bersembang dengan followernya yang dituturkan dengan loghat Kelantan sambil menikmati makan malam bersama beberapa individu lain.

Ada netizen yang telah translate maksud loghat Kelantan berkenaan. Ini antara inti video berkenaan.

Orang mahu buat apa pun, suka hati dia lah. Nak baca Yasin tak perlu tunggu malam Nisfu Syaaban. Kau datang duduk rumah aku tengok macam mana, aku nyembah atau tak, nak tahu mari datang rumah aku.

Aku memang tidak suka sembahyang. Janganlah nak suruh aku bersembahyang. Amik air sembahyang pun aku tak tahu. Macam mana Aiman nak ambil air sembahyang?” Beliau bertanya kepada orang di sebelahnya.

Percakapan oleh usahawan berkenaan dilihat umpama persendakan agama dan terus membuat netizen bengang.

Susulan itu satu siatan akan dibuat setelah report polis telah dibuat ke atas wanita berkenaan. Hal ini disahkan oleh pihak Polis.

Ketua Polis Daerah Kota Baru, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud menyatakan ada seorang lelaki berumur 52 tahun buat laporan polis tentang video berkenaan.

Lelaki yang buat report itu menonton video berkenaan setelah tersebar di whatsapp.

Tindakan suspek dianggap persenda serta mainkan agama Islam yang mana ianya boleh mendatangkan kemarahan orang ramai. Kes ini akan disiasat berdasarkan satu akta Komunikasi dan Multimedia.

Dalam pada itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad turut membuat kenyataan apabila ditanya tentang video ini.

“Dalam agama, dua perkara kena lihat iaitu siapa yang cakap dan nilai apa yang dikata. Kalau seperti yang didakwa, dia bangga atau kejahilannya sebab tak suka sembahyang, tak tahu berwuduk, ianya perbuatan yang tak baik.”

“Perbuatan tak baik ni tak patut dihebahkan. Tak elok kalau kita bangga dan dedahkan semua perbuatan buruk kita.”

“Kita kena dekati orang macam ni untuk tahu lebih lanjut, kenapa dia cakap seperti itu. Adakah bercakap sebegitu sebab kejahilannya atau sebab dia bangga dengannya, ia dua hal yang berbeza.”

“Kalau dia jahil, pihak penguatkuasa akan beri bimbingan. Tidak tahu berwuduk, ajar cara berwuduk. Berdasarkan hasil siasatan barulah kita boleh ambil tindakan-tindakan yang sewajarnya termasuk tindakan undang-undang. Perlu siasatan yang teliti apa punca sebenar dia bertindak sebegitu.”

Share

Recent Posts

“Saya pun kena, diminta minum di kelab” Uyaina Arshad

Pelakon yang kini sedang meningkat namanya iaitu Uyaina Arshad ada buat satu pendedahan bahawa ada…

2 hours ago

Tauke Jambu belum beristeri dua, itu semua lakonan semata

Baru-baru ini melalui satu video temubual dengan portal Mstar, Tauke Raja Lawak hadir bersama wanita…

21 hours ago

Dugaan buat Ella.. “Hanya family yang tahu keadaan saya ni”

Dalam diam rupanya penyanyi rock terkenal tanah air, Ella Aminuddin, 55 tahun, kini mengalami anxiety…

1 day ago

Tauke akui kahwin dua dengan Shu, dapat izin dari isteri pertama, Nadia

Pelakon dan pelawak Tauke Jambu kini dah menjawab semua soalan tentang kisah perkahwiannnya. Tauke memberi…

2 days ago

“You jangan nangis, ampunkan I..” Ini perbualan terakhir Shuib dan Siti Sarah

“You jangan menangis, daddy jangan sedih ye. Ampunkan dosa-dosa saya tau. Love you.” Itu ungkapan…

2 days ago

Ramai sebak Shuib datang Sepahtu Reunion, buat kejutan pada Jep, Ilya dan Rahim

Rancangan hiburan Sepahtu Reunion Live 2021 telah berlangsung secara live malam tadi. Namun episode kali…

2 days ago

This website uses cookies.