“Puak kayangan punya pasal, gian nak tunjuk..” – Netizen respon arahan baru rentas negeri

2,165 views

Sejak kebelakangan ini telah banyak kali kisah tentang selebriti atau instafamous yang telah diberi kebenaran merentas negeri akhirnya menimbulkan rasa tak puas hati orang ramai kerana dilihat telah buat aktiviti lain.

Ada yang dilihat telah hadir ke majlis perkahwinan rakan ketika merentas negeri dan ada yang dilihat buat aktiviti seakan bercuti.

Bagi beberapa artis yang baru berkahwin, ramai netizen melihat mereka seakan pergi honey moon dengan mengguna pakai kebenaran untuk bekerja.

Memang logic untuk mereka yang merentas negeri singgah ke tempat lain, bak kata orang sambil menyelam minum air, namun tak perlulah untuk tayang di laman media sosial.

Ianya akan menimbulkan spekulasi selain membuatkan netizen rasa kurang senang kerana melihat orang lain merentas negeri.

Sejak semalam, telah timbul pula satu paparan yang mana ada menunjukkan satu arahan baru dari pihak berkuasa untuk meminta kebenaran merentas negeri.

Ini gambar yang sedang viral di laman media sosial.

Dari gambar berkenaan, ada satu notis yang ditampal di balai polis yang menyatakan sekiranya mahu meminta kebenaran merentas negeri, seseorang itu kenalah beri itinerary dan senarai aktiviti yang akan dilakukan.

Contohnya kalau rentas negeri tiga hari, orang itu kenalah tunjuk aktiviti mereka sepanjang tiga hari itu.

Apabila ianya dimuatnaik di laman media sosial, ramai netizen yang menulis rasa kurang puas hati terhadap mereka yang sering tayang aktiviti lain ketika merentas negeri.

Ada yang berkata kerana nila setitik habis susu sebelanga yang kena. Kerana geng kayangan yang buat habis rakyat marhaen yang kena tempias juga.

Oleh kerana isu ini viral, kemungkinan pihak polis akan memperketatkan syarat untuk memberi kebenaran merentas negeri selepas ini. Namun sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi dari pihak berkuasa, kita tunggu komen dari pihak polis tentang hal ini nanti.