Categories: Hiburan

Ramai kurang berkenan pakaian Uyaina, nampak macam rahib

Uyaina Arshad kini antara selebriti yang semakin popular. Semakin banyak menerima tawaran sebagai pelakon utama dan turut menjadi pengacar untuk rancangan terkenal MHI, nama Uyaina mula meniti dibibir para peminatnya.

Baru-baru ini Uyaina telah tampil dengan naskah terbaru lakonannya, iaitu sebuah drama bersiri berjudul Love, Elsa berganding dengan Zul Ariffin.

Namun penampilannya dalam drama berkenaan jadi tumpuan. Pakaianya dalam drama itu berlapis-lapis sehingga dia memakai jaket kulit.

Malahan ada juga yang nampak penampilannya bagaikan seorang rahib wanita. Dari respon peminatnya, rata-rata lebih suka dengan penampilan Uyaina dalam drama sebelum ini, seorang yang simple saja.

“Memang tak semua orang akan suka, asalkan fesyen itu sopan dan masih menutup aurat okeh lah.”

“Watak Usu Sakinah dan Ammara hanya dalam drama saja. Cara pemakaian watak Usu Sakinah tak sama dengan watak Ammara. Sebenarnya gaya Uyaina pun tak sama macam watak Ammara dan juga Usu Sakinah.”

“Rileks okey semua. Nama pun berlakon. Selepas ini, saya dah teruja nak buat fesyen lain untuk watak baru dalam drama lain nanti.”

Uyaina mengatakan dia menerima semua komen-komen yang diberi kepadanya. Jelas Uyaina dia tahu lain orang ada pendapat yang berbeza.

“Fesyen yang unik untuk watak yang lain. Sedikit kelainan untuk membuatkan watak itu kelihatan berbeza berbanding watak sebelumnya.”

Dalam drama Love, Elsa ini, Uyaina juga memakai sarung tangan kerana watak Ammara dalam drama berkenaan mampu nampak masa lampau orang lain sekiranya bersentuhan dengan seseorang.

Contohnya dalam drama ini apabila tersentuh tangan Zul Ariffin, dia nampak memori silam Zul Ariifn yang benar-benar memberi kesan kepada seseorang itu.

Uyaina ada bercerita, dia telah tukar sebanyak 18 sarung tangan sepanjang dua bulan penggambaran drama berkenaan yang diarahkan oleh Michael Ang.

Share

Recent Posts

“Saya pun kena, diminta minum di kelab” Uyaina Arshad

Pelakon yang kini sedang meningkat namanya iaitu Uyaina Arshad ada buat satu pendedahan bahawa ada…

6 hours ago

Tauke Jambu belum beristeri dua, itu semua lakonan semata

Baru-baru ini melalui satu video temubual dengan portal Mstar, Tauke Raja Lawak hadir bersama wanita…

1 day ago

Dugaan buat Ella.. “Hanya family yang tahu keadaan saya ni”

Dalam diam rupanya penyanyi rock terkenal tanah air, Ella Aminuddin, 55 tahun, kini mengalami anxiety…

1 day ago

Tauke akui kahwin dua dengan Shu, dapat izin dari isteri pertama, Nadia

Pelakon dan pelawak Tauke Jambu kini dah menjawab semua soalan tentang kisah perkahwiannnya. Tauke memberi…

2 days ago

“You jangan nangis, ampunkan I..” Ini perbualan terakhir Shuib dan Siti Sarah

“You jangan menangis, daddy jangan sedih ye. Ampunkan dosa-dosa saya tau. Love you.” Itu ungkapan…

2 days ago

Ramai sebak Shuib datang Sepahtu Reunion, buat kejutan pada Jep, Ilya dan Rahim

Rancangan hiburan Sepahtu Reunion Live 2021 telah berlangsung secara live malam tadi. Namun episode kali…

2 days ago

This website uses cookies.