Ramai kurang senang lihat baju instafamous terdedah disebelah Pu Amin

5,847 views

Instafamous bernama Nadira Isaac telah jadi tumpuan setelah upload dua keping foto bersama penceramah dan pendakwah bebas iaitu Pu Amin ketika satu majlis berbuka puasa.

Gambar berkenaan menerima pelbagai komen setelah dengan jelas kelihatan Pu Amin bersama dua gadis yang amat terdedah pakaiannya.

Ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen.

Ada yang tanya kenapa PU Amin hadir ke majlis berkenaan dengan adanya gadis yang berpakaian sedemikian, dan ianya dilihat tak berapa sesuai dan tak sopan.

Pu Amin ada beri komen mengatakan dia hadir untuk beri tazkirah di majlis berkenaan, sebelum event berkenaan berlangsung.

“Dakwah ni bukan hanya sekadar di dalam masjid saja, saya datang untuk berikan tazkirah dan nasihat iman kepada mereka semua di majlis itu. Semoga datangnya hidayah buat mereka dengan mendekati golongan seperti berkenaan.”

“Mari kita berdoa supaya dakwah dapat disebar lebih luas. Dakwah di lorong-lorong, kelab-kelab malam perlu dibuat supaya dapat tarik mereka kembali pada Allah dan juga Rasul.”

PU Amin diundang untuk sampaikan sedikit tazkirah ketika majlis buka puasa dan pelancaran produk kecantikan jenama Troieka disebuah hotel pada hari Sabtu lepas.

Nadira Isaac ada memberi komen melalui satu entry di Instastory yang mana dia meminta maaf sekiranya ramai yang tersinggung dengan gambar tersebut.

“Mohon maaf boleh jadi fitnah. Niat saya panggil PU Amin adalah untuk meriahkan suasana event, tak sangka ianya jadi viral pula.”

Netizen dilihat menyatakan sepatutnya hadirin memakai pakaian yang lebih sopan memandangkan mereka tahu Pu Amin akan datang.

Ini antara komen netizen: “Tak reti jaga air muka sendiri, jagalah air muka ustaz tu. Bulan Ramadhan ni tak perlu nak tambah lagi perkara tak elok.”

Ramai juga meminta Nadira untuk delete gambar berkenaan.