Categories: Hiburan

Rita Rudaini naik angin dengan jirannya

Rita Rudaini naik angin dengan satu tweet dari pengacara Fara Hanim Razak yang ada mengatakan jirannya yang juga selebriti, merupakan anti vaksin.

Dari tweet Fara Hanim, pengcara ini ada menulis: “Jom cuba meneka jiran saya ada yang anti vaksin, dua pelakon bermula dengan RR dan LL. Mereka selalu sebar dakyah rebus bunga cengkih untuk elak penyakit Covid dan malah ianya merupakan satu agenda iluminati”.

Tentang tweet itu, Rita Rudaini yang mempunyai pangkalan nama RR, percaya itu adalah dirinya. Manakala LL pula dikaitkan dengan pelakon Lufya Lanaa. Mereka bertiga sememangnya berjiran.

Bagi Rita tweet sedemikian menunjukkan sisi sebenar Fara Hanim Razak yang dilabelnya sebagai mulut manis bila berdepan namun di belakang bawa mulut pula.

Eh nampak sangat tak cerdik, hanya hal berkaitan vaksin saja pun habis nak pandang serong kat orang lain, agama Islam pula tu.

Ayo orang macam ni memang tak boleh nak di buat jiran. Suka cakap belakang. Depan bukan main manis mulutnya tetapi bila belakang-belakang busuk.

Tak payah lah nak tulis RR atau LL, tulis je nama kami. Apa salahnya. Kalau nak cari publisiti, lepas ni naik lah follower tu. Jahat mulut awak ye sis.

Rita Rudaini turut berkata sebagai muslimah, lebih baik jumpa depan-depan. Tentang tuduhan anti vaksin, Rita mengatalan dia tak pernah labelnya sebagai itu, malah apa yang dibuatnya adalah usaha untuk kesihatan dirinya sendiri.

Macam gini ke sikap seorg muslimah, datang lah jumpa depan-depan. Bukannya tak pernah bersembang pun kan.

Saya ni dah lama duduk kawasan ni, jiran dengan Schawal, lutfya tapi tak pernah pula ada jiran macam ni. Elok saja kita semua. Kalau rasa tak berpuashati mari lah sembang, apa masalah awak ni.

Tidak pernah pun tulis saya ni antivaksin, lepas tu kalau saya nak rebus apa-apa,  rumput ke apa ke, itu saya punya hal la, tak pernah ganggu orang lain pun.

Rita Rudaini juga berkata apa yang diamalkan ialah dinamakan air siraman yang turut dilakukan oleh Prof Muhaya. Ini penjelasan lanjut Rita.

Apapun kita tunggu penjelasan dari Fara Hanim Razak pula nanti.

Share

Recent Posts

“Saya pun kena, diminta minum di kelab” Uyaina Arshad

Pelakon yang kini sedang meningkat namanya iaitu Uyaina Arshad ada buat satu pendedahan bahawa ada…

8 hours ago

Tauke Jambu belum beristeri dua, itu semua lakonan semata

Baru-baru ini melalui satu video temubual dengan portal Mstar, Tauke Raja Lawak hadir bersama wanita…

1 day ago

Dugaan buat Ella.. “Hanya family yang tahu keadaan saya ni”

Dalam diam rupanya penyanyi rock terkenal tanah air, Ella Aminuddin, 55 tahun, kini mengalami anxiety…

1 day ago

Tauke akui kahwin dua dengan Shu, dapat izin dari isteri pertama, Nadia

Pelakon dan pelawak Tauke Jambu kini dah menjawab semua soalan tentang kisah perkahwiannnya. Tauke memberi…

2 days ago

“You jangan nangis, ampunkan I..” Ini perbualan terakhir Shuib dan Siti Sarah

“You jangan menangis, daddy jangan sedih ye. Ampunkan dosa-dosa saya tau. Love you.” Itu ungkapan…

2 days ago

Ramai sebak Shuib datang Sepahtu Reunion, buat kejutan pada Jep, Ilya dan Rahim

Rancangan hiburan Sepahtu Reunion Live 2021 telah berlangsung secara live malam tadi. Namun episode kali…

2 days ago

This website uses cookies.