Categories: HiburanViral

RM279 ribu, itulah gaji Neelofa dari Air Asia yang masyuk

Sebut saja nama Neelofa pastinya rakyat Malaysia sudah pun mengenali celebrity wanita ini. Bukan sahaja terkenal di tanah air sendiri malah di luar Negara juga, nama Neelofa sememangnya sinonim dengan kejayaan yang luar biasa.

Selain berjaya dalam bidang seni, malah dia juga berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburi. Antaranya ialah bidang perniagaan yang mana dia merupakan pemilik tudung popular dan juga pemilik jenama air susu pisang yang semakin viral.

Bukan sahaja cantik, malah Lofa memang seorang yang bijak adri segi akedemik. Disebabkan itu juga seleberiti ini telah pun telah pun dilantik sebagai seorang Pengarah Bebas Bukan Eksekutif bagi satu syarikat penerbangan tambang murah iaitu AirAsia pada tahun 2018, dua tahun lalu.

Kesemua ahli lembaga pengarah daripada syarikat penerbangan tambah murah Air Asia itu telah setuju untuk lantik Lofa sebagai salah seorang ahli Pengarah mereka kerana berpendapat bahawa idea dan juga pengaruh kuat Neelofa sebagai seorang yang bijak dan berpengaruh di Malaysia.

Semestinya ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya yang menyebabkan Neelofa dapat mengalas jawatan yang sebegitu hebat kan? 

Pihak Air Asia sendiri ada mempunyai alasan yang sangat kukuh serta telah mengambil penilaian dalam kesemua sudut dan segi, namun, kriteria-kriteria utama Lofa dipilih itu tidak diberitahu kepada umum.

Terkini, telah viral satu resit bayaran seleberiti ini tersebar di media sosial yg mana dia adalah merupakan seorang ahli lembaga Safety Review Board untuk syarikat itu.

Dari satu perkongsian di Twitter, Mengikut jumlah gaji Lofa sememang sangat lumayan iaitu sebanyak RM279,375 (RM250,000 tambah RM29,275) dan ini tidak lagi termasuk untuk elaun yang berjumlah RM8,000 sebulan (elaun meeting dan juga travel).

Rata-rata orang ramai menyoal kenapa Lofa dalam senarai di bawah Safety Review Board, meskipun dia tiada mempunyai latar belakang mahupun mempunyai pengetahuan dalam keselamatan penerbangan.

Ramai juga yang tak sangka gaji Neelofa yang diterima dalam lembaga ahli pengarah Air Asia sangat lumayan dan juga elaun yang diterima juga tidak kurang hebatnya. Apa-apa pun tahniah diucapkan buat Lofa. Syukur dengan rezeki yang diberi.

Share

Recent Posts

Elizabeth Tan umum ada autoimmune disease, rambut ada tompok botak

Elizabeth Tan pada hari ini akhirnya mendedahkan bahawa sebenarnya dirinya merupakan antara pesakit autoimmune.  Kesan…

1 day ago

Nad Zainal jalani proses cucian darah, plasma exchange, dan buah pinggang terjejas

Ini perkembangan terkini tentang pelakon Nad Zainail atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal, 32 tahun. …

2 days ago

Jadi orang terawal beri kenyataan tentang Nad Zainal, ini status hubungan Ungku Ismail

Ramai yang kini mendoakan pelakon Nad Zainal, 32 tahun, yang sedang dirawat dan dipantau di…

3 days ago

“Doktor syak Nad Zainal kena autoimmune disease”

Pelakon Nad Zainal masih lagi kritikal dan sedang berjuang di unit ICU di Hospital Ampang…

3 days ago

Ini kenyataan dari bekas suami Nad Zainal, update keadaan anak-anak

Ramai yang terkesima dengan berita pelakon Nad Zainal yang kini sedang kritikal dan sedang dipantau…

3 days ago

“Nad Zainal sedang kritikal sekarang ini”

Ini perkembangan terkini tentang pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke unit ICU sejak semalam.  Semalam,…

3 days ago

This website uses cookies.