Rozita Che Wan jawab dakwaan hubungan dengan suami dingin

3,000 views

Pelakon dan pengacara terkenal tanah air, Rozita Che Wan dan suaminya iaiatu pelakon Zain Saidin tiba-tiab menjadi topic apabila ad aura-ura mengatakan hubungan mereka kini dingin.

Menjawab dakwaan ini, Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa Che Ta tampil membuat kenyataan.

Pelakon berumur 48 tahun ini telah mengatakan semua dakwaan itu tidak betul dan menafikannya.

Melalui satu laporan dari portal Kosmo, Che Ta berkata, tak ada sebab langsung rumahtangga boleh dikatakan sedang dingin hanya disebabkan suaminya jarang bergambar bersamanya di laman media.

Ya Allah, mana ada. Pasal apa pula kami mahu bercerai, baru semalam kami sekeluarga semua sembahyang tarawih anak-beranak sama-sama. Orang tu (orang buat cerita) nak kat Zain ke?

Che Ta akui Zain bukanlah seperti dirinya yang suka upload gambar terkini di laman media sosial terutama di Instagram.

Suami saya ni memang jarang nak ambil gambar. Dia bukannya macam saya ni. Boleh tengok lah sendiri kat akaun Instagram, Zain tak rajin upload gambar sangat.

Pelakon yang terkenal dengan watak komedi itu mengatakan hubungan suami isteri adalah baik-baik saja, walaupun bak kata orang ada turun naiknya, seperti dikatakan sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.

Saya sejujurnya agak pelik timbulnya cerita seperti ini. Kami tak ada gaduh apa pun. Kami dah faham sikap dan perangai masing-masing. Jadi, tak ada apa masalah.

Kalau ikutkan, kami baru selesai beli sampan untuk raya. Ketika ini pun, kami sekeluarga on the way nak berbuka puasa di rumah adik saya.

Itulah komen Che Ta ketka dihubungi semasa waktu petang sebelum waktu berbuka.

Sebelum ini kisah mereka dikatakan dingin setelah Zain tidak hadir ke majlis hari jadi Che Ta. Namun Zain mengatakan dia bekerja ketika itu dan tak dapat hadir sebab komitmen lakonannya.

Imbas kembali, Rozita Che Wan dan Zain Saidin berkahwin pada tahun 2013 dan mempunyai seornag anak sepanjang perkahwinan iaitu Aishah Dhia Rana.

Che Ta sebelum ini mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu dengan seorang pilot.