Saddest day of my life jika terpaksa nikah di pejabat agama – Ainul Aishah

2,233 views

Ketika musim perintah kawalan pergerakkan ini, memang banyak hal yang dirancang terpaksa di tunda ke tarikh baru. Ini termasuklah rancangan untuk mendirikan rumah tangga.

Walaupun ada yang meneruskan pernikahan secara online mahupun melakukannya secara tertutup, namun ramai yang memilih untuk tunda.

Begitu juga dengan pelakon Ainul Aishah, yang mengatakan dia tak mahu bernikah di pejabat agama atau secara online.

Ainul Aishah berkata memang ramai yang memberi cadangan untuk dia dan pasangan buat saja yang wajib, hanya bernikah saja tanpa majlis.

Namun pelakon berumur 36 tahun ini tidak buat sedemikian kerana mahu bersama keluarga dan rakan-rakan ketika hari bahagia kelak.

“Ye saya dah tunang, dan ianya amat sukar untuk buat rancangan ketika musim wabak ini, tapi saya cool saja.”

“Ada yang cakap kat saya pergi nikah dulu tanpa buat majlis sebab yang penting adalah akad nikah, akan tetapi mereka faham diri saya, sebagai pengantin, saya nak jadi diri sendiri.”

“Saya ni sentimental girl, saya amat hargai setiap moment. Saya nak buat majlis nikah yang proper, walaupun secara ringkas tetapi bersama family dan rakan-rakan.”

“Bukan buat di pejabat agama tanpa adanya resepsi atau important people di sisi saya. Ianya akan jadi hari paling menyedihkan dalam hidup saya jika it terpaksa dibuat.”

“Vibes amat penting untuk saya, tak perlu saya nak jelas lebih lanjut. Paling penting, ianya sesuatu yang saya mahu ingat dan akan kenang apabila seudah tua nanti. Bukannya memori orang lain, tapi memori saya, jadi tak perlulah nak paksa.”

Luahan ini dibuat oleh Ainul Aishah menerusi satu entry di Instagram miliknya.

Pada bulan Mac yang lepas, Ainul Aishah telah bertunang dengan pilihan hatinya bernama Khalid Redzuan. Pada mulanya, mereka merancang bernikah hujung tahun ini.