Safiey Illias mengaku salah cederakan instafamous, Baby Ara

2,025 views

Ahli perniagaan terkenal, Safiey Illias telah naik mahkamah kerana satu kes dengan seorang instafamous bernama Baby Ara pada tahun 2018, tiga tahun yang lalu.

Safiey telah pun mengaku bersalah dan bakal hadapi hukuman penjara selama 7 tahun di atas dakwaan mendatangkan kecederaan kepada Baby Ara atau nama penuhnya Farahnazikha Karab Hussain.

Jelas Safiey dia buat pengakuan salah sebab dah tak mahu lagi memanjangkan lagi hal berkenaan.

Ini komen Safiey melalui laporan Harian Metro.

Sudah 15 kali sebutan kes dan sambung bicara, saya selalu saja beri kerjasama dan hadir pada waktu serta tarikh yang telah pun ditetapkan. Isu ini taklah sebesar mana. Kalau tak, tak mungkin pertuduhan pindaan boleh diterima.

Sebagai satu tanda syukur, berterima kasih dan hormat, saya terus membuat pengakuan salah selepas pertuduhan pindaan dibacakan.

Saya amat hormati kepada mereka yang mengaku salah atau dakwaan dan tak mahu panjang cerita. Mereka yang sedia untuk terima kesalahan sendiri sepatutnya dihargai dan diberi merit yang baik sebabnya mereka ni sedar akan kesilapan yang telahpun mereka lakukan.

Pemudia berumur 27 tahun ini datang ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur pada hari Khamis lepas.

Untuk info, Safiey Illias dikatakan telah berkelahi dengan instafamous bernama Baby Ara di sebuah kedai makan pada awal tahun 2018.

Ada video yang telah tersebar tentang kejadian berkenaan yang mana kelihatan beberapa orang telah berada di tempat kejadian dan turut terbabit sama ialah bekas personal assistant Safiey Illias.

Mereka dilihat berkelahi kerana melahirkan rasa tak puas hati kepada Baby Ara tentang sesuatu kejadian sebelum ini.

Kes ini mula naik di mahkamah pada tahun 2019.

Dari laporan Harian Metro, pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda RM1800 atau tiga bulan penjara sekiranya pihak berkenaan tak dapat membayar denda.