“Sakit ke, nampak tua” Penampilan terkini Cat Farish buat ramai terkejut

5,559 views

Ruffedge antara kumpulan nyanyian yang amat popular di tanah air. Salah seorang ahlinya ialah Cat Farish.

Ada satu kisah yang berlaku tentang Cat Farish ketika ini, iaitu penampilannya. Jika sebelum Cat sentiasa dikenali dengan seorang yang berbadan agak besar, kini Cat Farish kelihatan amat lain sekali.

Penyanyi ini kelihatan semakin kecil badannya dan sekaligus mengundang tanda tanya di kalangan netizen terutama peminatnya.

Ada yang beranggapan kemungkinan Cat ketika ada jatuh sakit kerana kelihatan amat lain sungguh. Ada juga menulis komen mengatakan dia kini kelihatan agak tua berbanding dulu.

Melihat ramai yang memberi komen tentang penampilan terkininya, ini respon Cat Farish.

“Bila kita dah kurus ada orang cakap macam jatuh sakit, bila gemuk orang tetap akan cakap macam-macam juga. Kadang-kadang ada juga yang kata saya kini nampak lebih tua. Tak kisahlah, suka hati mereka lah nak cakap apa kerana yang paling penting saya buat semua ni untuk sihat dan demi family saya. Saya tak ada rasa kecil hati, ini semua usaha saya sendiri.

Tentang keadaan terkininya, Cat memberitah dia telah buat satu operation bariatrik iaitu sleeve gastrectomy yang mana ianya melibatkan pembuangan 70 hingga 80 peratus perut sekitar bulan November tahun lalu.

Hasil daripada operation berkenaan, Cat memberitahu beratnya berjaya turun lebih kurang 55 kilogram. Katanay semasa mula, beratnya 130 kilogram dan kini dah jadi 75 kilogram sahaja.

“Mulanya, saya buat check kesihatan tahun lalu. Doktor dedahkan keadaan saya teruk juga. Ada pelbagai masalah kesihatan termasuklah diabetes, mudah tidur dan juga semput. Saluran pernafasan saya sempit kadang-kadang tak boleh nak bernafas. Masalah pernafasan ini juga membuatkan saya jadi lebih banyak makan.

“Kerana banyak masalah yang saya ada, doktor pun beri nasihat agar saya buat surgery bariatrik”.

Setealh buat operation berkenaan, Cat Farish turut ambil inisiatif kawal makan dan buat diet karbohidrat selama lapan bulan. Penyanyi ini juga tak ambil gula dalam minuman dan makannya.

“Lepas surgery, saya buat diet karbohidrat selama lapan bulan sampailah sekarang. Saya makan ikan, ayam dan sayur. Daging kadang-kadang saja saya makan. Saya juga dah tidak amik gula”

Ternyata usaha Cat Farish kini berhasil, yang paling penting kini dia semakin sihat.