Sambut anniversary ke12, Ajak mahu sampai tutup mata bersama isteri

3,743 views

Diam tak diam, kini dah 12 tahun pelawak popular Ajak dari kumpulan Shiro telah mendirikan rumah tangga dengan Afifah Amin.

Kisah mereka berdua ini sering dilabel sweet kerana mereka merupakan pasangan kekasih sejak dari sekolah lagi.

Hubungan yang dibina sejak sekolah diteruskan sehinggalah Ajak kini telah pun bergelar sebagai seorang selebriti yang berjaya. Kini 22 tahun mereka dah kenali hati budi masing-masing.

Pada tarikh 6 Jun, genaplah usia perkahwinan mereka yang ke 12. Maka Ajak Shiro telah upload satu video di laman Instagram miliknya, yang menunjukkan kisah antara mereka berdua.

Dari caption yang di tulis, Ajak mengatakan dia mahu hidup hingga akhirnya nyawanya bersama Afifah.

Jom baca caption dari Ajak.

Ulangtahun perkahwinan yang ke12. Aku ni seorang budak nakal yang selalu dicabar oleh awek dia. Budak nakal yang selalu kene bebel dengan awek. Budak nakal yang selalu saja kena paksa belajar subjek matematik.

Syukur alhamdullilah, sampai sekarang, awek itu juga yang selalu ada di belakang. Awek itu juga yang masih membebel dan awek itu yang jaga accaunt bank duit dia.

Aku harapkan sampailah aku menutup mata, aku tetap dengan awek yang sama. Doakanlah family kami terus bahagia. Happy anniversary sayang, Afifah Amin, 6 jun 2009.

Sementara itu, Afifah turut menulis ucapan khas sempena ulang tahun ke dua belas itu. Ini pula yang ditulis oleh Afifah Amin.

Terima kasih kepadamu ya Allah. Kau telah ciptakan dia untukku, kau ciptakan aku pula untuk dirinya. Berkenalan, berkahwin dan berumahtangga, buat hidup aku ini menjadi lebih bermakna. Tamaknya diriku ni, nak lebih dari itu, aku mahukan dirinya sampailah aku menutup mata dan bertemu di syurga, menjadi bidadari di sana buat dirinya.

Kuucapkan terima kasih padamu sayang atas segala-galanya. Kuat cinta kamu begitu juga aku. Kuat kasih kamu begitu juga aku. Doa aku, kuat hubungan kita buat selamanya, amin.

Wah memang sweet betul pasangan ini. Sepanjang 12 tahun berkahwin, Ajak Shiro dan Afifah Amin telah dikurniakan 3 orang cahaya mata yang semuanya mempunyai tarikh lahir yang sama iaitu 25 Mac.