Sambut hari jadi ke 50, ramai puji Permaisuri Selangor nampak 30 tahun

2,827 views

Isteri kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah al-Haj iaitu Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin telah selamat menyambut hari kelahiran yang ke-50 pada tarikh 4 Jun.

Tengku Permaisuri Norashikin pada 4 Jun tahun 1971 di Kuala Lumpur.

Sempena hari kelahiran, laman media sosial Instagram Selangor Royal Official, ada muatnaik ucapan khas kepada Tengku Permaisuri Norashikin.

Ini ucapan dari Selangor Royal kepada permaisuri Sultan Selangor ini.

4 Jun 2021, merafak sembah setinggi tahniah dan selamat ulang tahun hari kelahiran yang ke-50 kepada Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Semoga Allah akan lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan. Semoga permaisuri sentiasa berada dalam lindungan Tuhan dan hidup dalam kebahagiaan. Semoga dianugerahkan semua taufik hidayah, kewibawaan serta kebesaran, juga kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, di dunia dan juga akhirat.

Melihat di ruang komen di posting berkenaan, memang ramai rakyat jelata yang turut memberi ucapan selamat hari jadi kepada Tengku Permaisuri Selangor ini.

Antaranya ialah komen dari Datuk Chef Wan: “Happy birthday dari saya dan juga ibu saya Tengku Permaisuri. Pada umur 50 tahun, Tuanku look so stunning dah macam umur 30 tahun saja. Syukur alhamdulilah. Saya doakan Tuanku dikurniakan kesihatan dan juga kebahagiaan selalu.

Komen bahawa Tengku Permaisuri Norashikin yang nampak awet muda ini diakui oleh ramai netizen. Rata-rata setuju dengan komen dari Chef Wan itu yang mengatakan memang nampak wajahnya seakan baru berumur 30 tahun lebih saja, langsung tak seperti seseorang yang berumur 50 tahun.

Sememang Tengku Permaisuri Selangor diakui kejelitaannya. Sejak dari menjadi seprang pembaca berita dan kini bergelar Tengku Permaisur, memang ramai yang memuji kecantikkan dan kelembutannya.

Selain itu, Tengku Permaisuri Norashikin memang disenangi rakyat jelata kerana selalu prihatin dengan isu semasa.