Categories: Viral

Sangap populariti ke sampai naik pentas, netizen komen Saiful Apek di GV7

Semalam, antara kelainan dalam Gegar Vaganza ialah buat pertama kalinya pelawak legenda iaitu Saiful Apek dijemput sebagai juri jemputan.

Umum tahu, selain sebagai pelakon dan pelawak, Saiful Apek yang  kini berumur 51 tahun, pernah mempunyai beberapa buah lagu hit seperti Aspalela, Kalakian dan Pak Pung. Lagu Aspalela itu memang menjadi siulan ramai dan merupakan lagu runut bunyi untuk filem Duyung.

Berbalik ketika menjadi juri untuk Gegar Vaganza, ada beberapa momen yang mana Saiful Apek telah naik ke pentas ketika memberi komen.

Yang pertamanya ketika peserta Cliff Umar selesai membuat persembahan. Saiful Apek naik ke pentas untuk berdiri di sebelah Cliff Umar, yang mana ramai kata mereka kelihatan seiras, wajahnya seakan sama.

Ini atas permintaan ramai, tang mana yang sama, spot the different. Kalau dia Cliff Umar, saya ni cliff hanger” gurau Saiful Apek.

Yang keduanya ketika persembahan dari peserta Linda Nawuwil. Saiful Apek sekali lagi naik ke atas pentas walaupun Nabil ada mengatakan tak perlu naik. Ini kata-kaat Nabil sebaik nampak Apek menuju ke pentas. “Tak payah naik, kat situ je, nak pergi mana tu bang, dia ni stim naik pentas

Di atas pentas, Saiful Apek dan Linda Nawuwil mengingati kembali momen bahawa mereka pernah berlakon bersama dalam sebuah filem Gila-gila pengantin popular.

Telatah Saiful Apek naik ke atas pentas ini nampaknya tidak digemari sesetengah penonton. Sampaikan ada yang melabelkannya sangap popularity.

Ini antara komennya: “Saiful Apek ini merepek. Sangap pepulariti kah sampai nak kena naik pentas dua kali, geli”.

Tidak berdiam diri, Saiful Apek ada terbaca komen ini dan memberi reply. Ini tulis Saiful Apek. “Maafkan lah saya, saya ni masih lagi tak pandai, dan masih belajar”.

Kemudian ada juga komen dari netizen lain tentang hal ini. “Saiful Apek’s wisdom quote is alright tetapi sila pastikan anda hanya duduk sahaja. This is not your show”.

Ada juga komen dari Michael Ang yang meminta juri hanya beri komen dan kurangkan nak merepek: “By the way hari ni punya juri kat GV lebih baik tak payah bersuara, duduk diam-diam saja bagi markah dah cukup. Saya rasa hari ini juri banyak merepek, betul tak”.

Apapun, masih ramai lagi penonton yang beri respon positif di atas kehadiran Saiful Apek ke rancangan berkenaan, terutama lawaknya secara spontan.

Share

Recent Posts

Dato Seri Vida dedah punca sebenar datang rumah Iqbal jam 3 pagi

Kisah antara Dato Seri Vida masih lagi belum berakhir apabila jutawan berkenaan hadir ke rumah…

52 mins ago

“Saya bukan pelawak, memang bukan bidang tetapi..” Ini komen Uqasha Senrose

Uqasha Senrose telah menjadi pilihan pihak produksi sebagai salah seorang juri untuk pertandingan lawak terkenal,…

1 day ago

Dato Seri Vida masuk ke kawasan rumah tanpa pengetahuan Iqbal pada jam 3 pagi

Ahmad Iqbal sekali lagi mendedahkan sesuatu yang mengejutkan hari ini. Ini apabila sekitar jam 3…

2 days ago

Shahrol Shiro persoal pemilihan juri Maharaja Lawak Mega

Rancangan yang popular di Malaysia iaitu Maharaja Lawak Mega 2021 telah bermula malam tadi. Sebanyak…

2 days ago

“Caprice berlagak, syok sendiri, nak ikut pendapat dia saja” Iqbal pilih Floor88

Usahawan yang kini sedang viral iaitu Ahmad Iqbal mengambil peluang nama sedang naik dan mahu…

3 days ago

“Ingatkan Pak Nil tadi” Komen netizen kepada foto Juliana Evans

Sekarang kerajaan dah pun buka border, dan semua boleh rentas negeri untuk pulang ke kampung…

3 days ago

This website uses cookies.