Categories: Hiburan

Sarah Hildebrand dah kahwin, ini bagaimana dia jumpa suaminya

Selebriti tanah air, Sarah Hildebrand kini dahpun sah bergelar isteri kepada jejaka bernama Otto Gillen. Pasangan ini bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 10.23 pagi Ahad tadi bersamaan dengan tarikh 3 November 2019.

Pasangan berkenaan telah dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) iaitu Ustaz Hilmi Saadan.

Kedua pengantin baru ini hanya membuat majlis pernikahan secara sederhana sahaja dan ianya turut diakui oleh pelakon berkenaan.

Kata Sarah Hildebrand, dia dan suami, Otto Gillen sama-sama bersepakat untuk buat majlis ijabkabul itu dengan simple saja.

“Sy dan juga pihak belah suami telah bersepakat buat hanya yang wajib saja dan ianya secara bersederhana. Syukur alhamdulillah, fasa baru untuk hidup sy dan suami telah bermula. Sy doa, semoga semuanya dipermudahkan. InsyaAllah”

Majlis pernikahan Sarah Hildebrand dan Otto Gillen dijalan di Masjid AsSobirin, Lembah Keramat, dan telah dihadiri kira-kira 100 tetamu terdiri teman rapat dan ahli keluarga.

Sarah Hildebrand telah menerima mas kahwin berjumlah RM300 dan sebentuk cincin.

Tentang episode perkenalan dan percintaan mereka, Sarah Hildebrand berkata dia mula berkawan rapat dengan Otto Gillen sekitar bulan Februari yang lepas.

Sebelum ini memang dah kenal akan tetapi mereka bertemu semula dan mula rapat menerusi laman sosial Facebook.

Kata itu Sarah Hildebrand lagi, dia jumpa semula dengan Otto Gillen ketika melawat bapanya di Arkansas, Amerika Syarikat sekitar awal tahun 2019.

Otto Gillen merupakan jejaka berdarah kacukan Filipina-Amerika dan dedah Sarah Hildebrand, jejaka itu telah peluk agama Islam pada bulan September baru-baru ini.

“Kebetulan, sy turut berada dalam kumpulan sekolah sama dengan abangnya. Kami telah bertemu semula semasa saya lawat bapa yang tidak berapa sihat di Arkansas, Amerika Syarikat, awal tahun ini.

“Suami dah pun memeluk Islam pada September lepas. Alhamdulillah, urusan jodoh kami telah dipermudahkan”

Tahniah buat Sarah Hildebrand dan juga Otto Gillen. Semoga bahagia selalu.

Recent Posts

Itu video lama, Shuk Sahar jelaskan video check in di hotel

Shuk Sahar hari ni naik namanya lagi. Dikaitkan juga dengan wanita yang sama sebelum ini…

2 hours ago

Ini identiti pelakon sertai perhimpunan bendera hitam semalam?

Semalam, pada pagi hari Sabtu, satu perhimpuan telah diadakan di Dataran Merdeka. Perhimpunan bertemakan bendera…

9 hours ago

Siti Nordiana tuntut RM200ribu setiap seorang dari Lan Solo, Syura dan rakan-rakan

Semua pun dah tahu pertelingkahan yang berlaku antara Siti Nordiana dan beberapa rakan termasuk dua…

2 days ago

“Pakcik ni memang sedih, dia luahkan perasaannya..” Puteri Sarah Liyana

Pelakon Puteri Sarah Liyana telah mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan pakcik yang viral di video…

3 days ago

“Saya tak kecil hati, betul kata dia tu, saya hanya serah pada Tuhan” Pakcik viral

Video viral seorang usahawan iaitu Carl Samsudin yang didakwa telah menjatuhkan air muka seorang warga…

3 days ago

Penyebar video dikenalpasti, peguam kata tujuannya nak jatuhkan Carl Samsudin

Laman media sosial sedang penuh dengan kisah yang melanda seorang influencer bernama Carl Samsudin ekoran…

4 days ago

This website uses cookies.