Categories: Hiburan

“Save the date 14 Oktober” Natasha Hudson kahwin kali ke5?

Natasha Hudson, pelakon yang pernah popular menerusi filem Chermin menerima banyak komen ucapan tahniah di laman media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Ini kerana ada beberapa postingnya yang memberi tunjuk bahawa dia seakan bakal menamatkan zaman singlenya.

Malah Natasha Hudson ada menulis di caption bahawa dia sedang buat pre wedding photo shooting.

Ini yang dituls oleh Natasha Hudson: “Pre W shoot for 14 October”.

Kemudian, menerusi satu lagi entry, Natasha ada memuatnaik sekeping foto yang menunjukkan dirinya memegang tangan seseorang.

Ini captionnya: “Apa yang akan datang adalah lebih better dari apa yang ada kat sini sekarang. Sila appreciate what you have, jadi seorang yang sentiasa cakap benar, setia dan penyayang, sentiasa jujur, compassionate dan ianya akan everlasting. Jadilah a good person. Segala yang cantik ada dalam kamu. 14 Oktober 2020”.

Ada satu lagi video menunjukan separuh bahagian antara wanita dan lelaki berpegangan tangan dan diakhiri dengan perkataan, save the date 14 oktober 2020.

Para followernya mengikuti rapat segala entry yang dikongsi oleh Natasha Hudson ini dan tertanya adakah Natasha akan bernikah pada tarikh berkenaan.

Ada juga yang terus menulis ucapan tahniah kepada kakak Tania Hudson ini.

Tahniah diucapkan, memanglah jejaka itu seorang yang bertuah kerana akan miliki Natasha. Semoga segala urusan dipermudahkan. Harapnya akan kekal sampai ke syurga“. Itulah antara komen yang boleh dibaca diruangan komen.

Kalau dilihat di masa lalunya, Natasha pernah berkahwin sebanyak empat kali. Mohd Faiz pada tahun 2006, kemudian pada tahun 2007 bernikah dengan Datuk Shahrin Zahari. Natasha bersama pula dengan suami ketiga iaitu penyanyi Carleed Khaza pada tahun 2012. Yang terakhir, suami keempatnya, Noor Nashriq pada tahun 2018.

Sehingga kini Natasha Hudson tidak ada memberi penjelasan lanjut tentang hal ni. Kita tunggu sahaja pada tarikh 14 Oktober itu nanti.

Recent Posts

Baru 19 tahun, Iman Troye berjaya raih pendapatan RM1juta

Penyanyi remaja yang sedang meniti kegemilangan iaitu Iman Troye dikatakan telah mengecapi satu kejayaan yang…

1 hour ago

“Hampir setiap hari isteri menangis” Azmi dedah isteri masih amat rindukan anak

Bulan lalu, penyanyi Azmi Saat, yang juga vokalis kumpulan Caliph Busker menerima tamaparan yang hebat…

10 hours ago

“Naik meluat” Seorang lagi pelakon minta Iqbal berehat dari sosial media, siapakah

Jejaka bernama Ahmad Iqbal Zulkefli kini selalu saja jadi bualan ramai sehingga masuk ke berita…

12 hours ago

“Sedang elok tu bukan double meaning, saya tengah bincang dengan lawyer” Shuk Sahar

Pelawak Shuk Sahar kini terlibat dengan satu lagi kes apabila ada seorang wanita bernama Ayu…

13 hours ago

Janna Nick ikut langkah sepupunya, Adam Lee dan Sweet Qismina

Umum mengetahui pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee baru saja selamat bertunang. Mereka memang…

1 day ago

“Tunggu surat saman dari saya” Shuk nak saman wanita, mesej dan video didedahkan

Satu per satu isu melibatkan pelawak Shuk Sahar telah timbul. Umum pun tahu sebelum ini…

2 days ago

This website uses cookies.