“Saya ada rasa ralat..” Ini respon Boy Iman setelah ‘Datuk’ ditarik balik

2,395 views

Semalam, baru ramai tahu bahawa selebriti Boy Iman dan Farid Kamil telah ditarik balik pingat Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk.

Melalui kenyataan Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, tarikh surat penarikan balik darjah kebesaran Farid Kamil dan Boy Iman telah berkuatkuasa pada 1 Februari 2021. Ini adalah menjunjung titah perintah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin, yang kini merupakan Yang Dipertuan Agong.

Setelah cerita ini tersebar, Boy Iman masih tertanya-tanya di manakah surat rasmi dari istana Pahang berkaitan hal ini. Boy Iman belum tak dapat surat rasmi

“Sampai sekarang ini, saya masih belum terima sebarang surat rasmi daripada Kerajaan Pahang tentang penarikan balik darjah kebesaran. Saya hanya tahu tentang perkara ini dari media.”

“Sebagai penerima, rasanya saya layak tahu apakah sebab serta punca pingat itu ditarik balik.”

“Bukanlah kecewa akan tetapi saya sendiri terkejut kerana dapat tahu hal ni daripada kawan-kawan media bukan dari surat dari pihak istana. Ada rasa ralat sebab apa yang dilakukan tak melambangkan kredibiliti atau protocol.”

“Saya tidak beranilah nak komen panjang. Saya tunggu sampai hari Jumaat ini dan jika tiada surat istana atau SUK Pahang, saya sendiri melalui peguam akan tulis surat pada mereka.”

“Ini kerana bagi saya, surat rasmi harus didahulukan sebelum buat sebarang kenyataan kepada pihak media.”

“Walauapapun saya terima dengan hati terbuka. Ini sekaligus telah membuktikan saya bukan terima ‘Datuk di pagar’ atau beli gelaran ini.”

Dalam masa yang sama, Farid Kamil turut memberi respon tentang perkara ini. Pelakon dan pengarah ini menerima penarikan pingat berkenaan dengan hati terbuka.

“Sejak tahun 2017, saya rasa bangga serta berbesar hati membawa gelaran Datuk yang dikurniakan oleh pihak Istana Pahang.”

“Pada hari ini, saya dengan penuh rasa hormat akan terima keputusan daripada pihak Istana Pahang untuk tarik balik gelaran DIMP.”

Kedua-dua selebriti ini ditarik balik pingat darjah kebesaran kerana terlibat dengan kes mahkamah.