Categories: Viral

“Saya bergurau” Persenda baju tradisional Iban, Ryzal Durian Kimchi akui silap

Semalam, ramai yang mempersoalkan tindakan personality terkenal Durian Kimchi. Ini apabila Ryzal Ibrahim mempersendakan baju yang dipakai isterinya, Maryam.

Baju berkenaan merupakan baju tradisional kaum Iban. Dari video yang tersebar, Ryzal telah memperlekehkan baju berkenaan malah ada melabel seakan kain buruk.

Ini sekaligus membuatkan ramai pihak terutama kaum Iban dan rakyat Sarawak yang tersinggung.

Lihat video yang viral:

Ramai netizen yang telah mengentamnya dan ini termasuklah artis seperti Faye Kusairi, Sharnaaz Ahmad, Bob Yusof dan beberapa lagi.

Melihat kemarahan orang ramai, akhirnya Ryzal telah muatnaik satu video menunjukkan dirinya meminta maaf di atas kesilapan yang dilakukannya.

Katanya, kejadian berlaku ketika dia dan isteri sedang bersedia untuk satu rakaman. Ketika itu Ryzal berkata dia sedang berguran dengan isterinya, namun ternyata dia telah buat sesuatu yang tak menjaga sensitivity orang lain.

Ini caption yang ditulis Ryzal Ibrahim: “Saya dah buat silap, dan saya bertanggungjawab. Kepada kaum Iban, saya ingin mohon maaf.”

“Saya tahu, semua amat marah dan kecewa dengan gurauan saya kepada Maryam yang telah mengguriskan hati ramai rakyat Malaysia khususnya kaum Iban di negeri Sarawak. “

“Memang diakui saya langusng tak jaga sensitiviti berbilang kaum di negara kita ini, oleh itu saya bertanggungjawab sepenuhnya di atas segala yang saya tuturkan di video berkenaan.”

“Walau sebesar zarah, saya langsung tak ada niat nak persenda, apatah lagi buat ramai berbalah. Saya memang betul-betul bergurau dengan isteri namun kali ini ianya telah melampaui batas.”

“Saya mohon maaf sekali lagi seandainya gurauan berkenaan mengecewakan.  Yang benar, dari Ryzal Ibrahim.”

Melalui Instagram Story, Ryzal akui lawaknya itu juga boleh dilabel sebagai kurang cerdik.

Semoga hal ini dijadikan pengajaran buat Ryzal dan semua content creator, agar sentiasa menjaga percakapan agar tak membuat sesiapa terasa.

Share

Recent Posts

Azri Iskandar tukar nama kepada Azri Alexender, anak-anak bersuara tak setuju

Pelakon terkenal Azri Iskandar telah pun membuat satu pengumuman apabila ingin menukar namanya. Azri memilih…

17 hours ago

Anak Shuib berlari, gembira nampak Wan Sharmila

Nama pelakon Wan Sharmila yang lebih mesra disapa Lala dikalangan rakan-rakan, mula jadi sebutan sejak…

3 days ago

Aril kini menganggur, tak ada kerja

Penyanyi dan pengacara Aril Pilus kini akui sudah menganggur dan tak bekerja sejak bulan Ramadan…

4 days ago

“Kalu Zul mesti ada dukung, walhal masa datang set, pelakon wanita pun saya tak salam” ~Zul Ariffin

Zul Ariffin diakui antara pelakon lelaki yang sedang laris ketika ini. Namun kerjayanya seringkali dikaitkan…

5 days ago

“Terima kasih layan mama” Panggil diri mama kepada Wan Sharmila, ibu Shuib beri hint?

Sebelum ini ramai pun tahu ramai yang melihat pelakon Wan Sharmila memang amat sesuai dengan…

5 days ago

“Saya dah fikir masak-masak, semuanya saya tanggung” Elyana mahu fokus jiwa, dan keluarga

Elyana kini sudah tidak lagi bertudungm satu keputusan yang dibuat oleh penyanyi ini setelah muatnaik…

5 days ago

This website uses cookies.