Categories: Viral

“Saya bukan kawan baik dia” Dilabel pengunggang agama dan backup Neelofa, ini penjelasan Ustazah Asma

Isu tentang selpar muslim friendly yang dijual oleh Neelofa dan pihak Fipper menjadi bualan hangat. Kemudian ada yang bertnay kepada Ustazah Asma tentang hal ini.

Pendapat Ustazah tentang isu ini tidak diterima oleh netizen kerana dilihat seperti berpihak kepada Neelofa atau pihak Fipper.

Ini membuatkan Ustazah Asma pula yang kena label sebagai penunggang agama dan nak back up kawan oleh netizen diluar sana.

Menjawab isu ini, akhirnya Ustazah terpaksa menulis satu kenyataan. Jom baca kenyataan dari Ustazah Asma.

“Di satu majlis, saya telah ditanya kemudian saya beri jawapan secara spontan dan secara santai kepada wartawan yang bertanya.”

“Wartawan sudah tentu akan tulis ikut selera mereka untuk tujuan menarik perhatian dengan tajuk yang menarik perhatian.”

“Saya tak ada niat nak masuk campur isu ini, apatah lagi nak cari publisiti. Sebab itu saya tak pernah ulas pun isu ini. Saya bukannya nak sebelahkan sesiapa.”

“Namun begitu banyak komen kurang enak yang ditulis kepada saya sehingga melabel pelbagai, termasuklah kata saya makan duit dan disindir.”

“Sejujurnya, demi Allah, saya langsung tak ada kaitan dengan pihak Fipper atau Neelofa sendiri. Kami tak pernah ada contact pun tentang isu ini. Kali terakhir mesej Neelofa ialah di DM di laman Instagram sebelum Neelofa bernikah.”

“Saya ni bukan kawan baik dan tak begitu rapat dengan beliau, malahan kami tak pernah jumpa berdepan dan bersemuka. Kami hanya ada berhubung beberapa kali atas urusan rasmi dan bekerja. Saya juga bukanlah seorang peminat selipar sebegini, sebabnya saya lebih suka memakai kasut.”

“Sehingga ke hari ini saya tidak pernah dapat sebarang tawaran sebagai duta produk, jurucakap, jurubackup, buat paid review, atau beri khidmat nasihat yang melibatkan bayaran.”

Ustazah Asma turut meminta orang ramai berhenti komen sedemikian terhadapnya apatah lagi bulan yang mulia akan menjelasang tak lama lagi.

“Saya minta hentikan perbuatan ini bukan untuk diri saya, namun saya kasihan dengan jari yang menulis komen hanya ikut hawa saja. Adakah kita nak masuk ke bulan Ramadan sebegini?”

Itulah penjelasan dari Ustazah Asma tentang isu ini. Baca penulisan penuhnya di sini (KLIK SINI).

Untuk info Ustazah Asma ada mengatakan bahawa produk muslim friendly ini hanya salah faham dan tidaklah sampai level menunggang agama.

Recent Posts

(Video) Family Neelofa beraya bersama, jadi tanda tanya

Pada hari raya ke 5 ini, sekali lagi family Neelofa menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Kali ini gara-gara satu video yang…

11 hours ago

Nabila bergambar seorang diri, netizen tertanya dimana Engku Emran

Selalunya jika baru berkahwin dan pertama kali menyambut hari raya sebagai suami isteri, sudah tentu pasangan berkenaan akan teruja dan…

23 hours ago

“Betulkan niat” Ini respon Intan Liyana Saleh

Pertemuan antara Izreen Azminda dan Intan Liyana Saleh di rancangan Melodi menjadi perhatian netizen. Izreen Azminda ada buat kenyataan bahawa…

1 day ago

“Tak tau jika mereka nak harta saya” Wanita ajak Jaafar Onn kahwin

Jaafar Onn kini sudahpun masuk 70 tahun. Namanya kembali bersinar melalui watak bernama Tyson dalam filem 18 Puasa di Kampung…

2 days ago

“Doa saya makbul” Izreen Azminda first time jumpa Intan Liyana

Izreen Azminda dan bekas madunya Intan Liyana Saleh akhirnya bertemu buat pertama kali. Mereka berdua berjumpa bertentang mata sempena rancangan…

2 days ago

Ketua Polis Kulim arah siasat Masya Mashitah

Pihak Polis telah membuat kenyataan siasatan akan dibuat setelah penyanyi, Masya Masyitah balik ke kampung ke Kedah bersama emaknya. Mereka…

2 days ago

This website uses cookies.