Categories: Terkini

“Saya nak Neelofa dipenjara, dia ni ego, keras kepala” Azwan Ali

Azwan Ali berharap pihak kerajaan dan pihak berkuasa dapat bertindak tegas terhadap selebriti Neelofa kerana asyik buat kesilapan berulang kali melanggar Sop ketika perintah kawalan pergerakkan.

Malah Azwan Ali menyatakan sepatutnya masukkan saja Neelofa ke dalam penjara di atas kesalahan yang dibuatnya itu.

Kesalahan terbaru Neelofa adalah apabila satu video menunjukkan keluarganya berkumpul di rumah pada hari raya pertama.

Azwan yang terkenal dengan nama Diva Aa berkata, menjadi tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia untuk terus mengkritik tindakan Neelofa, yang asyik kali ulang kesalahan yang sama.

“Saya orang pertama yang nak dia ni masuk penjara. Ia merupakan pendirian saya sebagai rakyat biasa. Saya sebagai rakyat ada hak di sisi perlembagaan persekutuan. Kan dah ada law tentang akta penyakit berjangkit, kenapa tak dikuatkuasakan betul-betul.”

 “Menteri kata tak ada pilih kasih. Neelofa ni dah banyak kali buat hal, sekali gus dia ni ego dan keras kepala.”

“Ini bukannya tentang selebriti tegur selebriti lain. Jangan tanya apa dosa Neelofa kepada saya. Tanya kat dia, apa yang dia buat sampai Diva Aa marah sangat.”

“Dia ni memang antara selebriti Diva Aa hentam. Tanyalah kat dia, apa dosanya sampai saya ada rasa dendam sampai mati tu, itulah persoalan yang dia kena jawab.”

“Sekarang nim ianya berkait soal undang-undang, dan soal negara Malaysia yang bermaruah. Kalau orang ini boleh tetapi orang itu tak boleh. Undang-undang apa namanya? Saya antara rakyat yang terus berhabisan bercakap tentang hal undang-undang.”

Azwan Ali turut mempersoalkan kenapa Neelofa seperti kebal dan apa sumbangannya pada negara.

“Jikalah Diva Aa buat kesilapan, laju je ada yang menggelupur buat report polis, ada yang suruh tangkap dan masukkan saya ke dalam penjara. Lepas tu, terus turun naik kat mahkamah.”

 “Namun kenapa bila Neelofa, dia boleh nak diabaikan begitu saja. Apa hebatnya dia? Apa sumbangan dia kat negara, sumbangan dalam bidang seni?”

 “Kalau setakat jadi pengacara program MeleTop, apa je sangat. Saya ni dulu buat Juara Lagu, hasilkan drama serta ada pelbagai karya, tapi tetap kena dakwa kat mahkamah.”

 “Neelofa boleh pula terlepas. Janganlah nak bagi rakyat jadi lebih marah. Malaysia sekarang  ni nampak macam diambang kehancuran, mengapa nak biarkan hak ini berterusan.”

Luahan oleh Azwan Ali kepada Neelofa ini dibuat dari temubual dengan Harian Metro.

Share

Recent Posts

“Cucuk muka sebab nak nampak elok, untuk kerjaya” Amelina buat muka sebab kerja

Penyanyi yang dikenali dengan genre dangdut iaitu Amelina pernah muatnaik satu video dia buat rawatan…

58 mins ago

“Aku ni tak pantang langsung” Syatilla Melvin

Pasangan pelakon terkenal Shaheizy Sam dan isteri Syatilla Melvin selamat menimang cahaya mata yang ketiga…

4 hours ago

Perkahwinan suami dan isteri pertama memang dah ada masalah ~ Miera Leyana

Miera Leyana, 29 tahun, berkahwin dengan ahli perniagaan, bernama Rosland Othman, 49 tahun dua tahun…

11 hours ago

“Saya pegang kata ulama” Ini respon Amar Asyraf tentang isu dah nikah kali ketiga

Pelakon Amar Asyraf mula jadi sebutan setelah kes pengesahan talak tiga dengan bekas isteri kedua…

14 hours ago

Daiyan Trisha pakai seluar pendek nampak peha, netizen ingatkan kembali tentang umrah

Daiyan Trisha antara beberapa artis yang telah pergi ke tanah suci untuk mengerjakan umrah pada…

1 day ago

Kecoh jadinya, Janna Nick tergolek, terjatuh kebelakang dari kerusinya

Ada satu kejadian yang agak kecoh di sebuah rancangan hiburan terkenal iaitu I Can See…

1 day ago

This website uses cookies.