Categories: Hiburan

“Saya percaya ada sesuatu membuatkan Lan bertindak seperti itu” – Saiful Apek

Saiful Apek memberi pendapatnya tentang satu kejadian yang sedang viral beberapi hari kebelakangan ini melibatkan rakannya iaitu Lan Pet Pet.

Pelawak yang terkenal dengan tag line gitu-gitu ini percaya bahwa ada sesuatu terjadi yang menyebabkan Lan Pet Pet bertindak sedemikian.

Sepanjang mengenali Lan Pet Pet, Saiful Apek memberitahu Lan bukanlah orang yang mudah melenting. Ini komennya kepada Harian Metro.

“Saya rasa ada sesuatu yang terjadi kepadanya sampai dia jadi luar kawalan. Contohnya saya pun pernah diberi dengan kata-kata tak elok oleh haters, namun saya dapat kawal keadaan, itu mungkin kekuatan saya. Ia cara setiap orang untuk atasi keadaan tekanan.”

“Bagi saya ianya fitrah manusia, buat perkara yang khilaf. Namun kami adik-beradik Senario tak pernah nak judge sesama sendiri.”

“Tentang kejadian tu, saya tahu pun lepas ada orang lain certia. Tapi saya tak hubungi Lan kerana saya kenal sahabat saya tu. Berilah Lan ruang, kita tak tahu apa yang dia sedang lalui.”

“Saya cakap macam ni bukan sebab nak sebelahkan kawan, akan tetapi sebagai orang luar kita tak perlu lah nak campur tangan atau senang sangat nak jatuh hukum.”

“Anggota kumpulan Senario ni sudah macam keluarga. Dari dulu lagi kalau salah seorang ahli Senario ada isu, anggota yang lain akan biar keadaan reda dulu. Kami akan tunggu masa yang sesuai untuk cakap tentang hal berkenaan.”

Sehingga kini, Lan Pet Pet masih tidak ada membuat sebarang kenyataan. Malah Lan turut tidak memberi jawapan dari pihak media yang menghubunginya.

Pihak polis juga telah mengesahkan hal berkenaan dan berkata Lan Pet Pet telah membuat laporan polis tentang kejadian terbabit. Polis meminta lelaki yang juga penghantar makanan itu tampil ke balai polis untuk beri keterangan.

Recent Posts

(Video) Family Neelofa beraya bersama, jadi tanda tanya

Pada hari raya ke 5 ini, sekali lagi family Neelofa menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Kali ini gara-gara satu video yang…

11 hours ago

Nabila bergambar seorang diri, netizen tertanya dimana Engku Emran

Selalunya jika baru berkahwin dan pertama kali menyambut hari raya sebagai suami isteri, sudah tentu pasangan berkenaan akan teruja dan…

22 hours ago

“Betulkan niat” Ini respon Intan Liyana Saleh

Pertemuan antara Izreen Azminda dan Intan Liyana Saleh di rancangan Melodi menjadi perhatian netizen. Izreen Azminda ada buat kenyataan bahawa…

1 day ago

“Tak tau jika mereka nak harta saya” Wanita ajak Jaafar Onn kahwin

Jaafar Onn kini sudahpun masuk 70 tahun. Namanya kembali bersinar melalui watak bernama Tyson dalam filem 18 Puasa di Kampung…

2 days ago

“Doa saya makbul” Izreen Azminda first time jumpa Intan Liyana

Izreen Azminda dan bekas madunya Intan Liyana Saleh akhirnya bertemu buat pertama kali. Mereka berdua berjumpa bertentang mata sempena rancangan…

2 days ago

Ketua Polis Kulim arah siasat Masya Mashitah

Pihak Polis telah membuat kenyataan siasatan akan dibuat setelah penyanyi, Masya Masyitah balik ke kampung ke Kedah bersama emaknya. Mereka…

2 days ago

This website uses cookies.