“Saya rasa dipersendakan” Zainol, bapa kepada Zahirah Macwilson

3,056 views

Bapa kepada pelakon Zahirah Macwilson iaitu Zainol Macwilson meluahkan rasa terkilan dengan sesuatu yag berlaku kepadanya baru-baru ini.

Nama Zainol Macwilson telah ditolak untuk satu drama bersiri, walaupun namanya telah direcommend oleh pengarah tersohor tanah air, Yusry Abdul Halim.

Malahan Zainol juga telah diminta buat video casting sebelum kena reject. Jom baca luahan bapa Zahirah Macwilson ini.

“Saya telah diminta untuk buat dan rakam video cansting lakonan berdasarkan skrip ringkas yang diberi. Saya hanya buat dirumah dengan bantuan wife saya”.

“Saya rakam dengan handphone dan telah sehabis baik sebab saya nak sangat bekerja dgn pengarah hebat, Yusry Abdul Halim. Namun, saya benar-benar hampa kerana mereka tolak saya, tapi yang tolak bukanlah Yusry”.

Pelakon berumur 62 tahun ini pada mulanya rasa teruja sebab akan dapat bekerjasama dengan Yusry untuk drama bersiri 10 episod itu yang dibuat untuk tayangan saluran stream.

“Dari yang dirancang, saya akan terlibat dengan lapan episode sahaja. Itu pun dah cukup sebab saya memang nak sangat bekerja di bawah arahan Yusry Abdul Halim. Kalau ikutan, penggambaran bermula 7 November sampai hujung bulan Disember”.

Jelas Zainol dia kemudian menerima permintaan dari pihak produksi utuk uji bakat dulu dan terkejut apabila kena beri video untuk casting.

“Saya telah dihubungi oleh wakil produksi yang minta saya buat uji bakat pula. Dikatakan, klien yang minta buat untuk saluran stream berkenaan. Terkejut saya dibuatnya sebab saya bukanlah nama baru dalam bidang lakonan ni. Kenapa perlu jalani uji bakat, casting. Namun saya tetap akur saja dan saya ikut juga permintaan mereka tetapi akhirnya nama saya telah ditolak”.

Zainol berkata dia bukan tak pernah buat casting namun dah lama dulu dia jalani uji bakat.

“Bukannya saya tak pernah buat uji bakat dulu. Masa tu casting untuk produksi antarabangsa sekitar tahun 80an”.

“Secara jujur saya nak rasa untuk berkerja dengan Yusry sebab yakin dengan hasil karyanya. Saya rasa dia yang cadangkan nama saya pada pihak klien tapi mereka pula terlalu memilih. Boleh kata, saya ini dilihat seolah-olah dipersendakan oleh pihak berkenaan. Namun saya tak salahkan Yusry”.

“Setelah nama saya sudah dicadangkan oleh seorang pengarah berkaliber seperti Yusry, secara tak langsung rasanya peranan itu boleh dikatakan hampir pasti milik saya”.

“Di tambah lagi dalam situasi yang genting sekarang ni, semua artis memang harapkan offer. Sekarang saya masih di Malaysia. Business travel di Perth, Australia pun sudah terhenti disebabkan masalahvirus yang melanda seluruh dunia. Oleh itu saya memang harapkan offer lakonan”.

Memang terkilan Zainol kerana namanya telah disingkirkan untuk drama berkenaan, tak menagapa, mungkin selepas ini didaoakan agar rezeki akan bertambah untuk Zainol Macwilson.