Categories: Hiburan

“Saya rasa takda harapan untuk kembali aktif” Ilya disahkan hidapi penyakit jantung

Pelawak yang popular dengan kumpulan Senario dan juga Sepahtu iaitu Pak Ya atau namanya Ilya Buang, kini mengesahkan dirinya sedang menghidap penyakit jantung.

Pak Ya memberitahu dia mula tahu ada sakit berkenaan ketika dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan sedaranya di Shah Alam, pada tarikh 14 September yang lepas.

Ceritanya tentang kejadian itu, dia sedang memandu kereta menuju ke kedai makannya di Bangi, dan tiba-tiba dia mula rasa sakit dibahagian dada sebelum tangan kiri dan bahunya rasa amat lenguh. Pak Ya memberitahu kemudiannya dia telah memandu terus ke Hospital Putrajaya untuk dapatkan rawatan.

Ketika di sana, selesai saja buat pemeriksaan di tempat kecemasan, doktor telah memberitahu Pak Ya bahawa kemungkinan dia hidap sakit jantung lantas Pak Ya telah dimasukkan ke wad selama tiga hari untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Ini komen Ilya: “Bila tahu ttg hidap penyakit ini, sy hanya diam diri. Pada ketika itu saya merasakan tiada harapan untuk kembali aktif. Sy ingatkan kena gastrik kerana pernah ada situasi itu sebelum ini”

“Doktor memberitahu kepada saya bahawa, diri saya nasib baik kerana datang awal dan sekarang bermula satu episod baru dlm kehidupan”

“Buat masa ini pergerakan saya agak terhad dan pihak produksi juga dah tahu ttg masalah kesihatan yg dialami oleh saya”

Ilya sebenarnya turut ada sakit diabetes (kencing manis) dan hypertension (darah tinggi) sejak lebih kurang 10 tahun yang lepas.

Selain sibuk dengan kerjayanya, Ilya telah memberitahu faktor sibuk di kedai makan miliknya mungkin juga jadi punca masalah kesihatan itu.

“Setakat ini saya menjalani follow up di klinik kesihatan kerajaan dan pada 10 Oktober ini akan buat ujian pressure di Hospital Putrajaya. Jika keputusan tak bagus, sy mungkin dirujuk ke (IJN) Institut Jantung Negara”

Pak Ya merupakan salah seorang anggota kumpula Senario pada tahun 1996 dan kemudian sertai kumpulan Sepahtu bersama Shuib dan Jep dalam pertandingan popular Maharaja Lawak Mega.

Share

Recent Posts

Elizabeth Tan umum ada autoimmune disease, rambut ada tompok botak

Elizabeth Tan pada hari ini akhirnya mendedahkan bahawa sebenarnya dirinya merupakan antara pesakit autoimmune.  Kesan…

12 hours ago

Nad Zainal jalani proses cucian darah, plasma exchange, dan buah pinggang terjejas

Ini perkembangan terkini tentang pelakon Nad Zainail atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal, 32 tahun. …

23 hours ago

Jadi orang terawal beri kenyataan tentang Nad Zainal, ini status hubungan Ungku Ismail

Ramai yang kini mendoakan pelakon Nad Zainal, 32 tahun, yang sedang dirawat dan dipantau di…

2 days ago

“Doktor syak Nad Zainal kena autoimmune disease”

Pelakon Nad Zainal masih lagi kritikal dan sedang berjuang di unit ICU di Hospital Ampang…

2 days ago

Ini kenyataan dari bekas suami Nad Zainal, update keadaan anak-anak

Ramai yang terkesima dengan berita pelakon Nad Zainal yang kini sedang kritikal dan sedang dipantau…

2 days ago

“Nad Zainal sedang kritikal sekarang ini”

Ini perkembangan terkini tentang pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke unit ICU sejak semalam.  Semalam,…

3 days ago

This website uses cookies.