Categories: Hiburan

Saya tak kacau isteri orang, pelakon nafi jadi orang ketiga perkahwinan Nadia Brian

Pada minggu lalu, Muizz Nasruddin, suami kepada pelakon Nadia Brian memuatnaik sekeping gambar hitam putih dirinya sendiran memakai baju melayu membelakangi kamera dengan caption luahan hati.

Muizz ada menulis di laman media mengatakan bahawa dirinya kini tersakiti dan telah dikhianati oleh insan yang tak disangka-sangka akan buat sedemikian.

Luahan hati oleh jejaka ini turut menimbulkan spekulasi apabila menyertakan satu hashtag iaitu ANvsNB.

Secara tiba-tiba, nama pelakon Aidit Noh dikaitkan sama oleh netizen di ruang komen, kerana Aidit Noh sama initial AN seperti tertera dalam hashtag berkenaan. Huruf NB pula dikatakan merujuk kepada nama Nadia Brian.

Menjawab dakwaan berkenaan, Adit Noh tampil membuat kenyataan ingin menjernihkan namanya. Aidit Noh menafikan hal berkenaan.

Saya tidak ada nak kacau isteri orang. Saya hanya berkerja. Ini merupakan lumrah dunia seni, kami hanyalah berlakon bersama saja.”

 “Sebenarnya tidak tahu apa yang berkait hal itu. Itu masalah dalaman perkahwinan mereka berdua, dan tak ada kena mengena dengan diri saya. Sebagai pelakon, saya cuma jalan tanggungjawab ketika bekerja itu sahaja“.

Pada masa ini, lebih baiknya saya fokus untuk menjaga kesihatan diri saya ni. Saya tak mahu dilabel sebagai orang ketiga apatah lagi sampai nak rampas isteri orang lain”.

Itulah kenyataan tegas dari pelakon ini menerusi satu temubual dengan portal tempatan, Utusan.

Berkaitan kesihatannya, Aidit kini masih di hospital kerana buat satu operation setelah di diagnosis mempunyai masalah paru berair pada minggu lepas.

Nama Aidit Noh timbul setelah pelakon ini berganding dengan Nadia Brian menersui satu drama rantaian sebanyak 20 episod berjudul Sweetie Nanie.

Pada bulan Ogos, Nadia Brian sebelum ini ada menafikan rumah tangganya ada masalah besar dan mengatakan masih okey dengan suami dan meminta semua pihak mendoakan yang baik buat dirinya dan juga suami. Yang terbaru, katanya lagi, ini satu ujian buat pasangan suami isteri yang mana ada pasang surutnya dalam hubungan.

Share

Recent Posts

Abang Ali disahkan pergi buat selamanya akibat kemalangan, menangis Yusof Azmi

Aktivis terkenal Abang Ali yang sering bersama Yusuf Azmi (Semboyan) dimaklumkan telah menghembuskan nafasnya yang…

13 hours ago

Remy Ishak tak selesa bawa isteri pergi majlis

Pelakon Remy Ishak, 39 tahun, telah pun menamatkan zaman bujangnya pada bulan Ogos tahun 2021.…

14 hours ago

“Rela pegang ular atau pencuri masuk, berbanding jumpa hantu” ~Nora Danish

Demi menjayakan wataknya, pelakon popular Nora Danish sanggup memberanikan diri dan memegang haiwan reptilian iaitu…

17 hours ago

“Saya beritahu Bella, kita kena hormati pandangan orang lain” Aliff Aziz

Finalis Gegar Vaganza musim kelapan iaitu Aliff Aziz tak terlepas dari komen kurang baik dari…

2 days ago

“Ianya satu mimpi ngeri” Nynaa sebak bila teringat, suami upah dua bodyguard

Semua pun tahu tentang kisah yang melanda rumah tangga pelakon Nynaa Harizal dan suaminya, ahli…

2 days ago

Mira Filzah sah hamil, usia kandungan lebih kurang 6 bulan, Tahniah!

Teka teki tentang kehamilan pelakon jelita Mira Filzah akhirnya telah terjawab. Semalam, menerusi satu posting…

2 days ago

This website uses cookies.