Categories: Hiburan

“Sejadah nipis, sakit lutut dan dahi” Eyra Hazali beri honest review

Pelakon drama Mr Grey, Eyra Hazali secara tiba-tiba trending namanya di laman Twitter. Rupanya ini kerana Eyra Hazali telah memberi padnagan jujur di Twitter berkenaan satu produk keluaran Neelofa.

Pelakon berumur 22 tahun ini ada tweet satu komen, memberi honest review tentang produk sejadah berjenama Naelofar, produk baru dari Neelofa.

Jelas Eyra Hazali, baginya, sejadah berkenaan agak nipis dan ini menyebabkan sekiranya menggunakannya, boleh menyebabkan lutut dan dahi rasa sakit ketika solat.

Eyra menulis sedemikian sebagai retweet kepada satu lagi posting netizen lain berkenaan sejadah tersebut.

“Tetapi sejadah ni agak nipis, sampai sakit lutut dan kepala kadang-kadang, maksud saya dahi.”

Melihat ada komen yang bercampur baur berkenaan tweet nya itu, Eyra Hazali berkata dia dia hanya memberi padangannya kerana membeli sejadah berkenaan dan bukannya tak sokong rakan artis.

“Saya hanya beri honest review, tapi ada orang buat statement kata artis tak support artis lain. Selepas itu saya pula kena dengan para peminat dia. Salah ke customer tulis review. I beli kot sejadah tu.”

Memang babyaj respon dari warganet tentang sejadah ini. Ada yang mengatakan harganya iaitu RM85 dan kualitinya tak setanding. Lantas ada yang memberi perbandingan produk sejadah lain.

“Memang betul, nipis dan licin. Mak saya guna sampai kena alas dua lapis. Kena alas carpet.” Itu antara pendapat customer lain.

“Senang terbang, kalau solat depan kipas, habis terlipat dua. Last-last tak sujud atas sejadah.” Itu pula tulis seorang lagi pengguna.

Ada juga peminat yang back up produk sejadah berkenaan dengan mengatakan ianya nipis, ringan dan mudah untuk dibawa kemana-mana, senang masuk beg dan dilipat.

Apapun, memang rata-rata setuju, sejadah Naelofar ini memang cantik.

Share

Recent Posts

Rupanya wanita hamil mengidam Lamborghini ialah adik ipar Ahmad Iqbal

Nama ahli perniagaan Ahmad Iqbal Zulkefli kini sedang berlegar legar di media. Sana sini semua…

14 hours ago

“Kacak sampai menangis, Cik B pula boleh buang saya kalau tak jaga mama” Iqbal

Ahmad Iqbal Zulkefli tampil memberi respon tentang anak-anak Dato Seri Vida setelah mereka ada memberi…

15 hours ago

“Yes RM10k sebulan please” Itu permintaan Kacak

Selepas anak perempuan Datuk Seri Vida iaitu Cik B tampil memberi komen bahawa dia tak…

2 days ago

Shuib bawa anak-anak melawat kubur sempena hari lahir arwah Siti Sarah

Pada hari ini iaitu 15 September, telah jatuh hari kelahiran buat arwah Siti Sarah, isteri…

2 days ago

Alif Satar sound wanita mengata isterinya tak lawa, jarang Alif naik angin

Memang jarang-jarang selebriti Alif Satar ni naik angin dengan netizen tetapi baru-baru ini ianya telah…

3 days ago

Dayah Zubit bukan lagi pengasuh Aafiyah, Siti Nurhaliza dah cari pengganti

Sebelum ini ramai yang kenal degan penjaga atau pengasuh anak Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah iaitu…

3 days ago

This website uses cookies.