Categories: Hiburan

Sejak hari pertama perkahwinan dah bermasalah, jelas Natasha Hudson

Umum dah tahu tentang berakhirnya perkahwinan pelakon Natasha Hudson dengan ahli perniagaan bernama Nash.

Natasha Hudson sendiri telah mengesahkan bahawa perkahwinan keempatnya dengan Nash atau nama penuhnya Noor Nashiq, berakhir pada awal Oktober tahun lepas.

Pelakon ini memberitahu hidupnya ketika berkahwin memang penuh derita, boleh dikatakan sepanjang 9 bulan hidup berumah tangga.

Malah, Natasha Hudosn juga mengesahkan bahawa dia dah dua kali keguguran dan berasa. Yang lebih memeranjatkan ialah, pelakon cantik ini mendedahkan bahawa rumah tangganya dah ada bermasalah sejak hari pertama perkahwinan mereka.

Ini komen Natasha Hudson melalui laporan Harian Metro: “Hanya sikit kebahagiaan yg dikecapi sepanjang berkahwin (dengan Nash), yang lain nya mmg penuh dgn derita. Sebenarnya, sejak hari pertama perkahwinan lagi rumah tangga kami dah bermulanya masalah. Oleh itu, saya reda dengan kehilangan dua kehamilan itu kerana percaya dengan perancangan dan ketentuannya”

Malahan, dek kerana dirinya tak bahagia, tiga anaknya juga turut rasa derita dalam perkahwinan kali keempatnya itu yang boleh dilabelkan sebagai bermasalah. Kata Natash, dia terpaksa berjauhan dengan anak-anak dan hanya dapat jumpa sebulan sekali saja.

“Bila sy tak bahagia, anak-anak juga turut sama derita. Justeru, anak dan ahli keluarga sgt syukur akhirnya saya dapat keluar dari kemelut rumah tangga itu”

“Sa hanya dpt bertemu tiga anak sebulan sekali saja. Pastinya ia tak cukup sebab anak amat rapat dan perlu kasih sayang saya sebagai ibu mereka”

Kini setelah semuanya selesai, Natasha sudah pun mulakan hidup baru dengan anak-anaknya.

“Sebelum ini bekas suami tak bagi kebenaran untuk sy berlakon. Kini, setelah solo, dah tiba masanya sy tumpukan perhatian pada dunia seni, perniagaan dan juga seudah tentulah pada keluarga”.

Sebelum ini, Natasha Hudson telah mengesahkan dirinya bercerai talak satu dengan ahli perniagaan yang berasal dari Kelantan itu selepas sembilan bulan hidup sebagai suami isteri.

Share

Recent Posts

Rupanya wanita hamil mengidam Lamborghini ialah adik ipar Ahmad Iqbal

Nama ahli perniagaan Ahmad Iqbal Zulkefli kini sedang berlegar legar di media. Sana sini semua…

4 hours ago

“Kacak sampai menangis, Cik B pula boleh buang saya kalau tak jaga mama” Iqbal

Ahmad Iqbal Zulkefli tampil memberi respon tentang anak-anak Dato Seri Vida setelah mereka ada memberi…

4 hours ago

“Yes RM10k sebulan please” Itu permintaan Kacak

Selepas anak perempuan Datuk Seri Vida iaitu Cik B tampil memberi komen bahawa dia tak…

1 day ago

Shuib bawa anak-anak melawat kubur sempena hari lahir arwah Siti Sarah

Pada hari ini iaitu 15 September, telah jatuh hari kelahiran buat arwah Siti Sarah, isteri…

2 days ago

Alif Satar sound wanita mengata isterinya tak lawa, jarang Alif naik angin

Memang jarang-jarang selebriti Alif Satar ni naik angin dengan netizen tetapi baru-baru ini ianya telah…

2 days ago

Dayah Zubit bukan lagi pengasuh Aafiyah, Siti Nurhaliza dah cari pengganti

Sebelum ini ramai yang kenal degan penjaga atau pengasuh anak Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah iaitu…

2 days ago

This website uses cookies.