Categories: Hiburan

Sekitar majlis nikah Fendy Bakry, akhirnya tayang wajah isteri

Pelakon utama drama Mr Grey iaitu Fendy Bakry telah selamat bernkah dengan gadis idamannya bernama Ayu.

Fendy yang kini beryumur 32 tahun bernikah dengan Ayu 27 tahun di Setia Alam, Shah Alam yang mana manlis berkenaan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.

Di majlis berkenenaan Fendy menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3008 dan juga lima dulang hantaran, dan telah dibalas sebanyak 7 dulang oleh pengantin perempuan.

Menerusi satu kenyataan, Fendy dan Ayu dikatakan telah mengikat tali pertunangan sebelum PKP sekitar bulan Mac tahun ini.

Jom baca kenyataan dari Fendy Bakry tentang pertemuan dengan isterinya dan juga kisag percintaannya.

“Kalau ikutkan, kami berdua tak adalah bercinta beriya-iya. Tak ada banyak dating atau gayut kat telefon 24 jam lamanya. Kami berdua mula berkenalan sekitar tiga tahun lepas. Masa tu kami jumpa kat Festival Teater Kebangsaan. Kami datang festival tu nak beri sokongan persatuan.

Tentang kisah nak bernikah, Fendy kata semuanya secara spontan dan tidaklah dirancangan dengan teliti, ianya berlaku secara tak diduga.

“Masa tu, saya selamba saja tanya isteri, nak kahwin tak dengan saya. Masa tu dalam bulan Mac lepas. Kemudian, dia jawab kalau betul serius kena jumpa familynya.

“Dalam bulan Mac tu kami tunang secara ringkas dan mulanya rancang nikah pada bulan Januari tahun depan. Namun akhirnya fikir lebih baik cepatkan sajalah”.

“Antara sifat utama yang berjaya menambat hati ini ialah keperibadiannya. Isteri saya ni dilihat begitu tidak kisah nak susah payah untuk saya. Dulu, saya ada kena masalah kesihatan, dan memang dia ada banyak bantu. Agak sukar kalau nak jumpa orang macam dirinya”.

“Memang ketika ini sesuailah untuk saya ada teman hidup. Dalam pada itu, pembantu peribadi pun dah tak ada. Kini isteri sayalah yang menguruskan semuanya. Apa-apa yang berlaku, isteri saya boleh uruskannya”.

Ketika ini majlis dibuat hanya untuk family sahaja dan ini juga merupakan permintaan dari belah keluarga isterinya.

“Kami akan buat majlis resepsi namun belum ada tarikh tepat bila nak buat. Mungkin tahun depan kerana setelah PKPP tamat.

Fendy dan isteri dilihat mengenakan pakaian pengantin berwarna kuning. Cantik dan sepadan kedua pengantin baru ini. Jom layan gambar pengantin baru ni, lihat hanya ada dua sahaja gambar isterinya.

Tentang isterinya, Fendy tak da mendedahkannya secara umum, dan mungkin akan mendedahkan wajah isterinya secara terbuka ketika majlis resepsi kelak.

Share

Recent Posts

Rupanya wanita hamil mengidam Lamborghini ialah adik ipar Ahmad Iqbal

Nama ahli perniagaan Ahmad Iqbal Zulkefli kini sedang berlegar legar di media. Sana sini semua…

46 mins ago

“Kacak sampai menangis, Cik B pula boleh buang saya kalau tak jaga mama” Iqbal

Ahmad Iqbal Zulkefli tampil memberi respon tentang anak-anak Dato Seri Vida setelah mereka ada memberi…

2 hours ago

“Yes RM10k sebulan please” Itu permintaan Kacak

Selepas anak perempuan Datuk Seri Vida iaitu Cik B tampil memberi komen bahawa dia tak…

23 hours ago

Shuib bawa anak-anak melawat kubur sempena hari lahir arwah Siti Sarah

Pada hari ini iaitu 15 September, telah jatuh hari kelahiran buat arwah Siti Sarah, isteri…

2 days ago

Alif Satar sound wanita mengata isterinya tak lawa, jarang Alif naik angin

Memang jarang-jarang selebriti Alif Satar ni naik angin dengan netizen tetapi baru-baru ini ianya telah…

2 days ago

Dayah Zubit bukan lagi pengasuh Aafiyah, Siti Nurhaliza dah cari pengganti

Sebelum ini ramai yang kenal degan penjaga atau pengasuh anak Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah iaitu…

2 days ago

This website uses cookies.