Categories: Hiburan

“Sentiasa saya doa” Fattah Amin bersyukur penampilan bertudung Fazura

Fattah Amin merupakan individu yang paling gembira melihat perubahan isterinya Nur Fazura.

Fazura kini dilihat telah banyak kali mengenakan hijab menerusi gambar-gambar di laman Instagram miliknya.

Namun sebelum ini Fazura memang ada kata bahawa dia tidak mahu memberi sebarang komen tentang penghijrahannya itu kerana ianya antara dirinya dan juga Tuhan.

Semalam, Fattah ada buat satu sidang media untuk pelancaran lagu barunya, dan ada wartawan yang tanya tentang peruabahan Fazura.

Secara spontan, Fattah Amin menjawab dia amat bersyukur dengan penampilan isterinya itu.

 “Syukur alhamdulillah, itu saja yang boleh saya cakap tentang penampilan siteri saya. Sebagai seorang suami, penampilan muslimah itu memang sentiasa saya doakan selama ini. Sekarang, dia pun sudah memakai tudung.

Sidang media secara virtual diadakan oleh Fattah Amin ketika melancarkan lagu berjudul Hamba yang dinyanyikan bersama Kmy Kmo. Boleh dengar di laman Youtube Fattah Amin bermula malam ini, Jumaat 23 Julai.

Menjengah laman Instagram milik Fazura, pelakon ini menyatakan bahawa segala ibadah dan penghijrahan dirinya adalah satu rahsia dan tak perlulah nak di sensasikan.

Ibadah, berhijab, dan penghijrahan. Ini semua adalah rahsia seseorang itu dengan maha pencipta. Perjalanan personal yang sepatutnya tak perlulah nak diberitahu pada orang atau di sensasikan oleh orang lain. Cukuplah, penat.

Itulah respon dari tuan punya badan, Fazura yang di muatnaik di laman IG miliknya. Kita kenalah respect dengan pendirian dari Fazur ayang mahu berhijrah secara senyap-senyap. Kita doakan saja adagar semua urusannya dipermudahkan.

Diimbas kembali Fattah Amin selamat bergelar suami kepada Fazura pada tahun 2017, bulan November. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Nur Fatima Aisha yang lahir pada 2 Oktober tahun 2020.

Share

Recent Posts

Dato Seri Vida dedah punca sebenar datang rumah Iqbal jam 3 pagi

Kisah antara Dato Seri Vida masih lagi belum berakhir apabila jutawan berkenaan hadir ke rumah…

23 mins ago

“Saya bukan pelawak, memang bukan bidang tetapi..” Ini komen Uqasha Senrose

Uqasha Senrose telah menjadi pilihan pihak produksi sebagai salah seorang juri untuk pertandingan lawak terkenal,…

1 day ago

Dato Seri Vida masuk ke kawasan rumah tanpa pengetahuan Iqbal pada jam 3 pagi

Ahmad Iqbal sekali lagi mendedahkan sesuatu yang mengejutkan hari ini. Ini apabila sekitar jam 3…

2 days ago

Shahrol Shiro persoal pemilihan juri Maharaja Lawak Mega

Rancangan yang popular di Malaysia iaitu Maharaja Lawak Mega 2021 telah bermula malam tadi. Sebanyak…

2 days ago

“Caprice berlagak, syok sendiri, nak ikut pendapat dia saja” Iqbal pilih Floor88

Usahawan yang kini sedang viral iaitu Ahmad Iqbal mengambil peluang nama sedang naik dan mahu…

3 days ago

“Ingatkan Pak Nil tadi” Komen netizen kepada foto Juliana Evans

Sekarang kerajaan dah pun buka border, dan semua boleh rentas negeri untuk pulang ke kampung…

3 days ago

This website uses cookies.