Setelah 4 hari, anak arwah Abam mula cari bapanya

3,995 views

Kisah tentang pemergian Allahyarham Abam dari kumpulan Bocey yang meninggal dunia secara mengejut telah mendapat perhatian ramai pihak termasuklah para peminat dan ramai orang masih berpusu-pusu menziarahi kuburnya.

Menurut Ali adik kepada arwah Abam atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memberitahu bahawa anak saudaranya yang bernama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey  yang baru sahaja berusia lapan bulan lebih banyak berdiam serta tidak meragam langsung.

Siti Nurhidayah Mohd Ali yang juga merupakan isteri kepada arwah dan juga kakak ipar Ali juga lebih banyak berdiam diri daripada bercakap. Menurutnya lagi anak saudaranya itu seolah-olah sedang mencari ayahnya.

Luahan dari Ali Puteh lagi: “Anak arwah abang (Abam) dah mula tercari-cari ayahnya. Kini dah masuk hari keempat, kakak ipar (isteri Abam) pula Nampak lebih banyak diam. Begitu juga dengan anaknya yang tidak meragam. Dia sama macam Abam, mmg lebih banyak diam.

“Kini, dia (anak Abam) dah mula tercari-cari sebab sampai sekarang rumah mmg sentiasa ramai dengan orang yg datang menziarah. Dari pagi sampai lah ke malam. Mungkin dia pun hairan kenapa setiap hari ada saje ramai orang. Tapi, disebabkan dia masih kecik lagi oleh itu dia tak tahu apa yg berlaku”

Apabila di tanya tentang apa punca Abam demam sampaikan dijemput Illahi, ini komen dari Ali: “Tentang keputusan punca pemergian Abam, Kami tidak dapat sebarang keputusan lagi. Dikatakan paling lambat untuk terima makluman adalah dalam tempoh tiga minggu lagi”

Sementara itu, Ali ada memebritahu beberapa pesanan dari Abam sebelum pergi buat selamanya: “Arwah mmg pergi mengejut tanpa ada sebarang pesanan. Namun, minggu lepas Abam ada cakap kat mak saya yang jiwanya sebenarnya kosong dan dia tak dapat nak fikir apa-apa lagi. Dia juga sempat pesan kat emak dan juga agar sampaikan pada saya agar banyak kan rehat serta janganlah terlalu penat utk bekerja.

“Malah, minggu lalu juga dalam kumpulan Whatsapp keluarga, dia mengatakan sekarang giliran saya menjaga emak pula. Jangan lupa bagi emak makan ubat. Saya jawab, okay dan tidak ada masalah. Kebetulan emak sudah sebulan tinggal di rumah saya,

Itulah komen dari Ali adik kepada Abam Bocey.