Categories: Viral

Setelah lebih setahun Acap hilang, ini yang keluarga lakukan

Kisah kehilangan lelaki bernama Acap pernah mengejutkan negara pada 2019. Sehingga kini kes ini masih belum selesai, dan Acap masih belum ditemui.

Acap atau nama penuhnya Mohamad Ashraf Hassan, 29 tahun, mula hilang jejak ketika berlumba dalam acara larian Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung, Gopeng, Perak.

Kehilangan Acap ini telah dilabel sebagai satu misteri yang tak dapat diselesaikan oleh orang ramai.

Sehingga kini, abang kepada Acap, Zahiruddin (36 tahun) mengatakan, walaupun dah setahun lebih adiknya hilang, dia tetap merasakan adiknya itu masih lagi hidup.

“Sebagai seorang abang, naluri saya kuat dapat rasa adik saya ni masih hidup akan tetapi belum tiba masanya untuk kami bertemu semula”.

Dan dah setahun berlalu, ini yang dilakukan Zahiruddin. Katanya sampai sekarang ni, usaha mencari Acap masih lagi dibuat sekurang-kurangnya sekali atau dua kali dalam sebulan.

Walau tak ada petunjuk baru, Zahiruddin berharap akan dapat jumpa Acap setelah hilang lebih dari 365 hari.

“Saya abang sulung, jadi memang tanggungjawab saya nak pastikan pencarian. Sehingga kini soalan kami sekeluarga adalah untuk temui jawapan samaada Acap ni masih hidup atau sebaliknya.

“Ibu juga masih lagi berharap kehilangan Acap ini akan ada jawapannya, oleh itu kami sekeluarga akan tetap berusaha nak cari jawapan.

“Dah lebih setahun dah Acap hilang tanpa khabar berita, dan semua ahli keluarga yakin Allah akan beri jawapan yang jelas juga nanti.

Tentang misi pencarian Acap yang masih diteruskan, Zahiruddin pernah dibantu rakan pendaki dari seluruh negara dan luar negara, malah ada yang datang dari Indonesia. Mereka selalunya akan ke lokasi terakhir Acap dilihat, untuk buat misi pencarian.

Sepanjang pencarian itu, memang tak ada langsung petunjuk termasuk barangan peribadi milik Acap, tetapi Zahiruddin sekeluarga akan tetap teruskan misi pencarian.

“Saya mewakili family saya nak ucap terima kasih kepada semua yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat sejak dia dilaporkan hilang.

“Dengan izinya, keajaiban dan kekuasaan Allah saja yg akan dapat memberi jawapan misteri kehilangan Acap. Kami masih lagi menantikannya”.

Sebelum ini, team penyelamat dari Polis Diraja Malaysia, ahli pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan pelbagai agensi penyelamat sudah buat segala yang terdaya dalam usaha pencarian Acap tetapi usaha itu tidak berjaya.

Misi pencarian Acap akhirnya dihentikan selepas tak temui petunjuk. Pada bulan April 2019, ada penemuan tulang manusia di Gua Kandu, Gopeng, namun ianya mengejutkan ramai kerana telah disahkan itu bukan tulang Acap selepas ujian DNA dibuat.

Share

Recent Posts

Dato Seri Vida dedah punca sebenar datang rumah Iqbal jam 3 pagi

Kisah antara Dato Seri Vida masih lagi belum berakhir apabila jutawan berkenaan hadir ke rumah…

3 hours ago

“Saya bukan pelawak, memang bukan bidang tetapi..” Ini komen Uqasha Senrose

Uqasha Senrose telah menjadi pilihan pihak produksi sebagai salah seorang juri untuk pertandingan lawak terkenal,…

1 day ago

Dato Seri Vida masuk ke kawasan rumah tanpa pengetahuan Iqbal pada jam 3 pagi

Ahmad Iqbal sekali lagi mendedahkan sesuatu yang mengejutkan hari ini. Ini apabila sekitar jam 3…

2 days ago

Shahrol Shiro persoal pemilihan juri Maharaja Lawak Mega

Rancangan yang popular di Malaysia iaitu Maharaja Lawak Mega 2021 telah bermula malam tadi. Sebanyak…

2 days ago

“Caprice berlagak, syok sendiri, nak ikut pendapat dia saja” Iqbal pilih Floor88

Usahawan yang kini sedang viral iaitu Ahmad Iqbal mengambil peluang nama sedang naik dan mahu…

3 days ago

“Ingatkan Pak Nil tadi” Komen netizen kepada foto Juliana Evans

Sekarang kerajaan dah pun buka border, dan semua boleh rentas negeri untuk pulang ke kampung…

3 days ago

This website uses cookies.