Siapa lentok kat Syafiq Kyle tu? Rupanya ini identiti gadis tersebut

4,391 views

Syafiq Kyle antara pelakon yang kini sedang menempa nama. Lakonan sebagai ustaz dalam drama terkenal Nur masih lagi diingati para peminatnya.

Baru-baru ini ada netizen yang ternampak sekeping foto yang di upload oleh pelakon Emelda Rosmila yang buat ramai tertanya-tanya.

Netizen tertanya siapakah gerangan gadis yang berada di sebelah Syafiq Kyle.

Foto itu menunjukkan Emelda Rosmila bersama suaminya iaitu Adlin Aman Ramli dan juga Syafiq Kyle bersama seorang gadis. Ini caption dari Emelda.

“Sweet tak kita? Nanti tengok kami ye di Astro Citra. Saya akan update lagi nanti. Ini pertama kali saya berlakon bersama dengan suami, Adlin Aman Ramlie. Korang mesti kena tengok tau. Dalam cite ni, kali ni dia jadi sweet, tak ada nak jadi gengstar dah”.

Di ruangan komen ada beberapa follower Emelda yang perasan gadis berkenaan dilihat amat rapat dan kelihatan seperti telah lentok kepadanya kepada Syafiq Kyle.

Netizen bernama Aween Neewa ada menulis bertanya: “Siapakah yang pelok Syafiq kyle tu“.

Seorang lagi follower bernama Lazara85 turut perasan dan menulis: “Uish sapekah yg lentok kat capik tu”.

Ada juga komen yang menulis kesemua mereka itu nampak sweet sekali dalam gambar berkenaan.

Melihat komen yang tertanya siapakah gerangan individu itu, gadis yang cantik manis itu sebenarnya bernama Siti Khadijah Halim.

Siti Khadijah ini adalah pelakon baru yang sedang meningkat naik. Syafiq Kyle dan Siti Khadijah akan berlakon bersama sebagai pelakon utama dalam drama telemovie berjudul Nasib Jodoh PKP terbitan dari syarikat Heritage Movies.

Baru berumur 23 tahun, Siti Khadijah merupakan bekas juara Gadis Panca NR dan pernah berlakon dalam drama bersiri Dia Yang Ku Cinta.

Jom kita tunggu naskah terbaru hasil lakonan dari Syafiq Kyle dan juga Siti Khadijah ini nanti.