Categories: Hiburan

Selesai terawih saya dapat dugaan dengan berita ni, Khir Rahman

Menerusi satu perkongsian dari Khir Rahman, pengarah teater ini menjawab tuduhan bahawa pihaknya sibuk mengecam Kak Ogy. Penerbit berkenaan pada mula telah muatnaik satu status di Ig story miliknya mengatakan mereka yang mengecam ni bagaimanakah puasa mereka.

Posting berkenaan telah ditulis oleh Kak Ogy ketika menjawab statement dari seorang followernya yang mengatakan lebih baik mereka yang mengecam tu bantu Kak Ogy untuk selesaikan masalah berkenaan.

Hal ini sendiri dijawab secara panjang lebar oleh Khir Rahman. Baca kenyataan dari pengarah berkenaan di bawah ini.

Allah maha besar, setelah selesai solat terawih saya dapat dugaan dgn berita ini.

Setahu saya, kami taka da langsung nak mengecam. Saya lihat balik apa yg ditulis di laman media Twitter, memang langsung tak ada yg bersifat mengecam. Tulisan berkenaan lebih kepada bercerita, beri pencerahan ke atas apa yang sedang berlaku, supaya kami tak lah kena tuduh sebagai mendesak tanpa asas. Yang nyata kami hanya tuntut janji tentang bayaran atau upah kami yg patutnya dah pun diselesaikan pada tarikh 16 Mac yang lalu. Ini telah dimungkiri oleh Kak Ogy sendiri. Apapun semua ini berlaku apabila Kak Ogy yg dedahkan isu ini terlebih dulu melalui portal Mstar.

Tidak mengapalah kalau nak tuntut hak sendiri pun dituduh kecam, teruskanlah tuduhan itu. Apapun kami semua takkan stop untuk berusaha nak dapatkan bayaran itu untuk jalani kehidupan dan demi maruah kami.

Untuk info, sejak kes ini tersebar, kami masih belum dapat apa-apa pun payment dan Kak Ogy masih diam membisu dalam group WhatsApp.

Tetapi beliau ada text secara personal kepada beberapa orang saja, yang mana katanya, Kak Ogy akan bagi surat melalui pihak peguamnya dan payment akan dibuat kepada beberapa orang itu sebelum raya

Saya dan ramai lagi masih belum dapat sebarang berita tapi saya amat bersyukur sebab kami semua terus bersatu daripada saya sebagai pegarah sampailah kepada tukang paku kat set.

Sebenarnya saya ni tak suka buat bising, sepanjang sejarah karier saya belum pernah saya buat kecoh, ini buatkan diri rasa ralat sungguh.

Selain itu melalui voice note personal saya yang telah dihantar kepada Kak Ogy, saya ada nyatakan untuk bantu apa yang boleh, untuk baiki maruah beliau, namun begitu msej itu tidak berjawab sampai sekarang.

Recent Posts

Izreen Azminda padam entry minta maaf dan foto bersama Intan Liyana Saleh

Kisah antara pelakon Izreen Azminda dengan bekas madunya nampaknya masih belum berakhir. Ramai yang ingat setelah mereka berdua bertemu di…

28 mins ago

(Video) Family Neelofa beraya bersama, jadi tanda tanya

Pada hari raya ke 5 ini, sekali lagi family Neelofa menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Kali ini gara-gara satu video yang…

12 hours ago

Nabila bergambar seorang diri, netizen tertanya dimana Engku Emran

Selalunya jika baru berkahwin dan pertama kali menyambut hari raya sebagai suami isteri, sudah tentu pasangan berkenaan akan teruja dan…

24 hours ago

“Betulkan niat” Ini respon Intan Liyana Saleh

Pertemuan antara Izreen Azminda dan Intan Liyana Saleh di rancangan Melodi menjadi perhatian netizen. Izreen Azminda ada buat kenyataan bahawa…

2 days ago

“Tak tau jika mereka nak harta saya” Wanita ajak Jaafar Onn kahwin

Jaafar Onn kini sudahpun masuk 70 tahun. Namanya kembali bersinar melalui watak bernama Tyson dalam filem 18 Puasa di Kampung…

2 days ago

“Doa saya makbul” Izreen Azminda first time jumpa Intan Liyana

Izreen Azminda dan bekas madunya Intan Liyana Saleh akhirnya bertemu buat pertama kali. Mereka berdua berjumpa bertentang mata sempena rancangan…

2 days ago

This website uses cookies.