Siti Nordiana report polis, tuntut permohonan maaf, jika tak buat, akan saman

5,438 views

Berhubung kes namanya dipetik oleh beberapa selebriti iaiatu Lan Solo, isterinya dan Syura, penyanyi Siti Nordiana akhirnya telah mengambil tindakan setelah berbincang dengan peguamnya.

Menerusi peguam Abang Azlan Abang Ariffin, Siti Nordiana telah buat report polis di IPD Cheras pada pukul 9 lebih pagi tadi.

Keputusan itu dibuat oleh Siti Nordiana untuk membersihkan kembali namanya yang terjejas.

Penyanyi berumur 36 tahun yang lebih mesra disapa Nana ini akui amat terkilan setelah isu yang melanda mereka dibawa kepada umum. Sedangkan sepatutnya ianya boleh dibawa bincang secara professional.

“Sebenarnya saya tak nak ambil tahu jika perkara ini hanya dibincangkan antara mereka saja. Memang saya ada dengar tentang hal yang mana diri saya jadi bahan perbualan mereka, namun saya tak nak ambil tahu dan hanya fokus pada kerjaya.”

“Namun saya ralat setelah mereka bincang hal ini secara terbuka menerusi Instagram live pula. Saya tak sure mengapa, jika ada rasa tak puas hati kenapa kena nak buat live, patutnya boleh berbincang.”

“Oleh kerana amat terkejut, saya minta nasihat dari pihak yang pakar iaitu peguam saya.”

Menerusi peguammnya, pihak Nana kini sedang dalam proses draft untuk menuntut semuanya buat permohonan maaf.

Notis akan dihantar pada hari Isnin ini, jika mereka tak buat, pihak Nana akan failkan saman.

“Sungguhpun sesi Instagram live itu rakamannya dah tiada, namun masih ada sedutannya yang di upload di laman YouTube. Semua perbincangan memang ada merujuk kepada Nana dan kenyataan tersebut adalah fitnah.”

“Kami dah bincang untuk beri notis tuntutan maaf daripada mereka semua. Tempoh selama 24 hingga 48 jam akan diberi kepada mereka untuk respon. Sekiaranya tiada, kita akan saman.”

“kalau mereka terus tangguh, imej dan reputasi Nana bertambah tercalar. Dari video itu, mereka memang ada sebut nama Nana dan dakwaan yang dibuat itu adalah tak betul.”

Itulah perkembangan terkini tentang kes melibatkan Siti Nordiana, Lan Solo dan juga Syura.