Suami jatuh hati pada Sheera Iskandar setelah tengok Halimah Jongang

3,773 views

Pelakon Sheera Iskandar kini selamat bergelar isteri kepada pegawai polis bernama Mohd Halim Abdul Gani.

Halim yang berumur 34 tahun tak sangka, pelakon yang dirinya minati sejak dulu akhirnya menjadi isterinya.

Jelas suami Sheera ini, dia mula berkenalan setelah memberanikan diri menghantar mesej kepada Sheera melalui DM di laman Instagram.

Ini setelah Sheera ada datang ke balai polis tempat Halim bertugas di Labuan.

“Saya akui dah lama simpan perasaan dan tak disangka-sangka akhirnya jodoh saya dengan seorang artis. Saya terpikat dengan kelembutan tutur bahasa oleh Sheera. Dan ianya bermula sejak tengok drama Halimah Jongang. Ketika itu saya amat tersentuh hati dengan lakonannya.”

“Oleh itu, apabila dia datang jalani penggambatran di balai polis tempat saya bertugas, saya terus beranikan diri tegur dia dulu. Saya hantar DM di Instagram dan syukur alhamdulillah, semuany aberjalan lancar dan kami kini dah menjadi sepasang suami isteri.”

Bercerita tentang mesej yang dihantar Halim, Sheera akui pada mulanya hanya melayan Halim sebagai peminat. Akan tetapi, bait kata Halim membuatkan dirinya terpaut.

“Ketika jalani penggambaran Gerak Khas di balai polis tempat dia kerja, saya pertama kali nampak dia. Masa tu tak ada berputik rasa cinta pun.”

“Kemudian dia ada cakap kat saya dia dah DM saya di Instagram, saya pun layan dia, seperti peminat saja.”

“Bila pulang dari Labuan, kami lebih kerap berbalas DM dan memang senang sembang dengannya.  Kami ni ada karakter yang sama, iaitu tegas dan kelakar.”

Tentang kerjaya Sheera, Halim berkata dia tak ada sebarang halangan untuk isterinya terus berlakon.

Berkenaan majlis pernikahan Sheera berkata dia kesian dengan suaminya kerana family tak dapat hadir kerana berada di Melaka.

Selepas keadaan kembali reda, mereka baru akan rancang untuk buat majlis resepsi.