Categories: Viral

Suami Nora Danish, Nedim tolak ‘Datuk’, jadikan KJ sebagai contoh

Siapa yang tak kenal dengan suami kepada pelakon popular Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz.

Anak kepada ahli parlimen ini memberitahu bahawa dia memang menerima tawaran untuk menerima gelaran datuk sebelum ini.

Namun, Nedim telah menyatakan bahawa dia menolak tawaran berkenaan.

Katanya, dia merasakan dirinya belum layak untuk menerima sebarang pingat sekaligus membawa gelaran datuk.

Menerusi satu entry di laman media, Nedim menulis pandangannya bahawa dia belum lagi banyak beri sumbangan kepada negara untuk bergelar sebagai seorang datuk.

Malah, Nedim turut memberi contoh Khairy Jamaluddin, sebagai seorang yang tak pandang akan gelaran, walhal dia memang banyak berjasa pada negara.

Ini tulisnya: “Jadilah seperti Khairy Jamaluddin atau KJ. Beliau ini relax saja tiada nak pegang sebagai title walaupaun bagi saya, dia memang deserves it. Dia amat layak berbanding banyak orang lain.”

Saya akui telah menerima beberapa kali tawaran (untuk bergelar datuk) namun saya telah menolaknya. Bagi saya, belum lagi banyak yang saya buat untuk negara kita ini. Oleh itu saya sedar, saya memang belum layak lagi. Not even a little bit. Ukurlah badan kita sendiri.

Diruangan komen rata-rata followernya setuju dengan statement berkenaan.

Danni Rais menulis: “Agreed. Otherwise orang akan terus pandang rendah dengan titles ni semua.”

Nadirah Othman pula menulis: “Someone with some sense on this specific matter.”

Seorang pengguna bernama Rose Nor turut bersetuju: “True, most of the really qualified and high statures need no title because we know what we are. Datukship now becomes a mockery and the value is negative save for one or two.”

Nedim merupakan anak kepada Ahli Parlimen kawasan Padang Rengas, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz dan berkahwin dengan Nora Danish pada tahun 2017.

Share

Recent Posts

7 Foto: Sweet Qismina selamat bertunang dengan Adam Lee, sepupu Janna Nick

Pelakon cantik dan manis Sweet Qismina kini telah pun selamat bergelar tunangan orang. Sweet Qismina…

2 hours ago

“Soal jodoh, saya belum sedia.. seluruh diri saya hilang” Shuib

Shuib amat terasa dengan kehilangan isteri tercinta, Siti Sarah, yang sudah pergi buat selamanya pada…

9 hours ago

Isteri cerita detik terakhir arwah Mamat Khalid “Dalam kepenatan, tak cukup tidur”

Malaysia telah kehilangan seorang pengarah yang berwibawa dan mempunyai fikiran di luar kotak iaitu Mamat…

11 hours ago

Mamat Khalid pengsan di restoran, kemudian telah disahkan meninggal dunia

Satu berita baru saja diterima yang mana pengarah dan penerbit filem terkenal tanah air iaitu…

19 hours ago

Tak sampai 24 jam kahwin, dah ada pihak buat Fizo Omar naik angin

Belum pun sampai 24 jam selepas bernikah, nampaknya pelakon Fizo Omar telah meluahkan rasa kecewa…

1 day ago

Teruk kena, Shuk nafi larikan diri

Terlibat dengan rancangan bual bicara yang melibatkan Fauzi Nawawi dan Raja Farah, salah seorang pengacaranya…

2 days ago

This website uses cookies.