Categories: HiburanViral

Surat terbuka buat Zul Ariffin dan Intan Najuwa, Kalian nikah jelah

Gambar dua pelakon Zul Ariffin dan Intan Najuwa yang jadi viral ternyata membuatkan ramai yang terkejut apatah lagi pengarah drama mengesahkan bahawa tiada adegan itu di dalam drama lakonan mereka. Untuk apa mereka beraksi seperti foto itu, ianya masih menjadi tanda Tanya kerana kedua pelakon berkenaan mengambil pendekatan berdiam diri, tak mahu memberi komen.

Aksi kedua dua pelakon popular tanah air itu yang menunjukkan sedang mandi-manda di pantai turut menerima teguran dari penceramah bebas iaitu Pencetus Ummah Syed.

PU Syed dengan tegas berkata bahawa tindakan yang dilakukan mereka amatlah bertentangan dengan ajaran agama dan lebih baik jika mereka berkahwin secara halal jika bergambar sedemikian.

Penceramah ini telah menulis satu surat terbukan buat Zul Ariffin dan juga Intan Najuwa yang merupakan tunangan orang.

“Teguran terbuka untuk Zul Ariffin dan Intan Najuwa, tersebar gambar mereka berdua sdg pelukkan bagai suami isteri dalam air. Saya tak nak kongsi foto itu sebab ianya amat tak elok walau apa juga alasannya. Sebaiknya kalian berdua nikah saja dan dah pasti boleh buat apa sahaja secara halal namun tetap ada batasnya.

Malah PU Syed juga mengatakan mereka berdua ini telah langgar hokum yang dibuat oleh Tuhan seolah mereka tak masuk ke syurga.

Surat itu dimuatnaik secara terbuka menerusi laman Instagram miliknya beberapa hari yang lalu.

Melalui ruang caption, PU Syed telah bertegas dengan memberi saranan kepada pihak berwajib untuk buat satu garis panduan yang harus diikuti oleh golongan selebriti.

“Ambe rasa perlu Menteri Agama, dan JAKIM membuat satu garis panduan, bahkan kena gubal undang2 khas utk bendung artis2 yg menunjukkan gaya kehidupan yg negatif ini agar kembali pada landasan yg benar. Takzir atau hukam amat baik ke atas mereka.”

Itulah komen Pu Syed tentang hal berkaitan Intan Najuwa dan juga Zul Ariffin.

Share

Recent Posts

Azri Iskandar tukar nama kepada Azri Alexender, anak-anak bersuara tak setuju

Pelakon terkenal Azri Iskandar telah pun membuat satu pengumuman apabila ingin menukar namanya. Azri memilih…

12 hours ago

Anak Shuib berlari, gembira nampak Wan Sharmila

Nama pelakon Wan Sharmila yang lebih mesra disapa Lala dikalangan rakan-rakan, mula jadi sebutan sejak…

3 days ago

Aril kini menganggur, tak ada kerja

Penyanyi dan pengacara Aril Pilus kini akui sudah menganggur dan tak bekerja sejak bulan Ramadan…

4 days ago

“Kalu Zul mesti ada dukung, walhal masa datang set, pelakon wanita pun saya tak salam” ~Zul Ariffin

Zul Ariffin diakui antara pelakon lelaki yang sedang laris ketika ini. Namun kerjayanya seringkali dikaitkan…

4 days ago

“Terima kasih layan mama” Panggil diri mama kepada Wan Sharmila, ibu Shuib beri hint?

Sebelum ini ramai pun tahu ramai yang melihat pelakon Wan Sharmila memang amat sesuai dengan…

5 days ago

“Saya dah fikir masak-masak, semuanya saya tanggung” Elyana mahu fokus jiwa, dan keluarga

Elyana kini sudah tidak lagi bertudungm satu keputusan yang dibuat oleh penyanyi ini setelah muatnaik…

5 days ago

This website uses cookies.