Categories: Hiburan

Tahniah, Nazrief Nazri selamat bernikah dengan model hijab

Selebriti tanah air, Nazrief Nazri telahpun selamat bergelar suami setelah telah bernikah dengan wanita pilihan hatinya iaitu Aizatul Aqma. Pasangan ini diijabkabulkan dengan sekali lafaz sekitar jam pukul 6 pada hari ini, hari Jumaat (15 November 2019) dan mereka dinikahkan oleh jurunikah Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa, Saiful Hamizi. Tahniah diucapkan buat mereka berdua.

Untuk maklumat lanjut, majlis pernikahan antara Nazrief nazri dan Aizatul Aqma dibuat dalam sebuah majlis secara sederhana tetapi meriah di The Seavoy House yang terletak di Jalan Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Ianya telah dihadiri oleh ahli keluarga mereka dan juga rakan terdekat kedua-dua belah pihak, lebjh kurang seramai 100 orang kehadiran.

Pihak dari belah Nazrief Nazri menyerahkan mas kahwin berjumlah RM80 berserta wang hantaran berjumlah RM15000.

Nazrief juga telah menyerahkan tiga dulang hantaran dan dibalas kembali sebanyak lima hantaran daripada pihak pengantin perempuan.

Setelah majlis pernikahan berjalan dengan sempurna, Nazrief Nazri yang ditemui sempat meluahkan rasa amat bersyukur kerana semuanya berjalan dengan amat lancar walaupun majlis ini sebenarnya dirancang dalam masa yang singkat sahaja.

“Alhamdulillah, syukur majlis jalan dgn lancar sekali seperti direncanakan walaupun sebnarnya perancangan perkahwinan ini dibuat hanya sebulan lebih sahaja. Kami berdua buat yang halal saje dulu, majlis resepsi belum ada rancangan lagi buat masa sekarang ini”

“Lebih setahun mengenali hati budi, kami juga sepakat mengakhirinya dengan perkara yang wajib iaitu pernikahan seperti dituntut agama”

Tambah Nazrief nazri lagi, mereka berdua akan bercuti untuk honeymoon dan destinasi yang dipilih ialah di Bali, Indonesia.

Jelasnya lagi, Nazrief sebelum ini ada hantar rombongan untuk merisik Aizatul Aqma yang merupakan seorang model hijab, pada tarikh 30 Jun 2018, namun katanya, ketika itu mereka tidak mengikat tali pertunangan.

Nazrief Nazri mula popular menerusi lakonannya dalam beberapa drama tempatan seperti Misiku Kuza, Oh My English, dan Laftenan Zana.

Tahniah diucapkan buat Nazrief Nazri dan juga Aizatul Aqma.

Recent Posts

“Hampir setiap hari isteri menangis” Azmi dedah isteri masih amat rindukan anak

Bulan lalu, penyanyi Azmi Saat, yang juga vokalis kumpulan Caliph Busker menerima tamaparan yang hebat…

1 hour ago

“Naik meluat” Seorang lagi pelakon minta Iqbal berehat dari sosial media, siapakah

Jejaka bernama Ahmad Iqbal Zulkefli kini selalu saja jadi bualan ramai sehingga masuk ke berita…

3 hours ago

“Sedang elok tu bukan double meaning, saya tengah bincang dengan lawyer” Shuk Sahar

Pelawak Shuk Sahar kini terlibat dengan satu lagi kes apabila ada seorang wanita bernama Ayu…

5 hours ago

Janna Nick ikut langkah sepupunya, Adam Lee dan Sweet Qismina

Umum mengetahui pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee baru saja selamat bertunang. Mereka memang…

17 hours ago

“Tunggu surat saman dari saya” Shuk nak saman wanita, mesej dan video didedahkan

Satu per satu isu melibatkan pelawak Shuk Sahar telah timbul. Umum pun tahu sebelum ini…

2 days ago

Kudis naik di kawasan mulut, Syafiq Farhain terkena virus Herpes

Penyanyi Syafiq Farhain mendedahkan dia kini sedang dalam rawatan kerana jangkitan Herpes Simplex Virus. Kudis…

3 days ago

This website uses cookies.