Categories: Hiburan

Tahniah! Neelofa dah selamat bergelar isteri kepada Pu Riz

Harini akhirnya terjawab sudah. Memang benar satu majlis penuh meriah telah diadakan yang mana ianya majlis pernikahan antara Neelofa dan Haris ismail atau lebih mesra dengan nama PU Riz.

Dengan hanya sekali lafaz sahaja, Neelofa kini telah pun sah bergelar isteri kepada pendakwah, Haris Ismail sekitar jam 11.30 pagi tadi di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Seperti kakaknya Noor Nabila, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor telah dinikahkan oleh adik kandungnya, Mohd Aqief Mohd Noor.

Kelihatan amat ayu dan anggun dalam mengenakan busana pengantin berwarna putih, Neelofa yang berumur 31 tahun telah menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin dari pihak Haris, 26 tahun.

Menerusi satu temubual dengan pihak media, pasangan pengantin baru ini ada memberi sedikit komen tentang pernikahan mereka berdua.

Ini komen dari neelofa dan juga dari Haris: “Alhamdulillah, syukur sangat kerana majlis pernikahan kami yang berlangsung dengan penuh lancar sekali. Kami amat berharap agar pernikahan ini jadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah yang maha esa, insyaAllah.”

Majlis pernikahan ini telah dihadiri lebih kurang 150 tetamu terdiri daripada family dan rakan yang rapat sahaja.

Ianya dibuat dengan cara norma baru serta adanya prosedur operasi standard (SOP) yang teramat ketat untuk para hadirin yang hadir.

Majlis ini dibuat secara tertutup sahaja dan merungkai segala persoalan dari orang ramai tentang hubungan Neelofa dengan Haris.

Sebelum ini banyak kisah yang bertebaran tentang Neelofa dan Haris dan baru-baru ini timbul juga persoalan kenapa Haris tidak hadir ke majlis pernikahan kakak Neelofa iaitu Nabila.

Sementara itu, dapat dilihat di majlis ini semua adik beradik kepada Neelofa hadir iaitu Ameera Khan, Noor Nabila dan termasuklah suaminya, Engku Emran.

Selamat pengantin baru Neelofa dan Haris Ismail, semoga bahagia.

Share

Recent Posts

“Selama ni I menangis pada you” ~Puteri Sarah pada Neelofa.. Lofa antara yang tahu awal

Kisah yang melanda rumah tangga Puteri Sarah Liyana diganggu orang ketiga rupanya dah diketahui oleh…

30 mins ago

“Saya tak mereka-reka cerita” Lufya Omar

Ramai yang bersimpati terhadap pelakon Lufya Omar setelah mendedahkan dirinya dan anak telah alami satu…

2 hours ago

“Memang trend bercinta dengan suami orang eh, ingat dah insaf” ~ Fizi Ali

Nama penyampai radio Suria FM, iaitu Fizi Ali seringkali jadi topic percakapan orang ramai di…

5 hours ago

“Kepada sesiapa penyondol, lepas ni berhati hati” Puteri Sarah Liyana

Kini pelakon Puteri Sarah Liyana dah pun ambil tindakan menyaman wanita bernama Ira Kazar yang…

16 hours ago

“Kau ingat sikit, ni peserta budak” Mas Idayu menjerit, sampai menangis peserta cilik, rupanya lakonan saja

Kini satu rancangan reality melibatkan peserta cilik atau kanak-kanak sedang berlangsung. Rancangan ini ialah Ceria…

19 hours ago

“Saya rasa amat selamat dengan Awie” ~ Erra Fazira

Erra Fazira akan tampil bersama Awie dalam Konsert Awie Romantika yang bakal diadakan di Sabah.…

1 day ago

This website uses cookies.