Categories: Hiburan

“Tak wujud gelaran tu” Fedtri Yahya persoal anugerah datuk yang diterima Shah Hazvee

Agak kecoh juga berkenaan berita anugerah membawa gelaran ‘datuk’ oleh seorang pelakon mudah bernama Shah Hazvee.

Baru berumur 24 tahun, Shah Hazvee mendedahkan dia sudah menerima anugerah iaitu Darjah Kurnia Setia Diraja Perak atau singkatannya DKSD yang diterima pada tahun 2016, yang mana ketika itu umurnya baru sahaja masuk 20 tahun.

Mengetahui berita ini, seorang selebriti tanah air iaitu Fedtri Yahya tampil mempersoalkan gelaran datuk dan anugerah berkenaan.

Dari satu status, Fedtri Yahya telah bertanya kepada pihak protocol di Perak, dan memaklumkan bahawa anugerah berkenaan tak ada dalam system. Ini pendedahan dari Fedtri Yahya di laman media sosialnya.

Ada bertanya kepada orang protokol di negeri Perak, kata nya tak wujud pun gelaran tu. Kalau anugerah SPSA atau SPSN mmg ada. Dan ianya membawa gelaran Dato Seri DiRaja yang kebiasaannya diberi kepada Menteri Besar negeri berkenaan. Itupun tak semua menteri dapat anygerah terbabit. Jadi mengikut sumber, Perak tak pernah kurniakan gelaran ini”.

Itulah yang ditulis oleh Fedtri Yahya tentang gelaran yang diterima oleh Shah Hazvee.

Malah Fedtri Yahya ada menulis komen menjawab persoalan dari para followernya, termasuk rakan artis dari Que Haidar yang memberi komen emoji terkejut.

Dia ni pelakon. Dia kata dah dapat gelaran dato masa umurnya 20 tahun. Mungkin dari kesultanan luar negara” Tulis Fedtri Yahya.

Dapat lihat beberapa netizen juga melahirkan rasa hairan kerana tak pernah mengetahui bahawa adanya anugerah Darjah Kurnia Setia Diraja Perak.

Malahan ada follower Fedtri Yahya yang mencadangkan agar personality tv dan pengacara ini membuat report polis jika benar memang tak ada anugerah yang disebut oleh Shah Hazvee itu.

Shah Hazvee sebelum ini ada berlakon beberapa drama dan filem sepanjang empat tahun menceburi bidang lakonan. Kini Shah Hazvee sedang menumpukan bidang perniagaan iaitu pelaburan hartanah.

Share

Recent Posts

Abang Ali disahkan pergi buat selamanya akibat kemalangan, menangis Yusof Azmi

Aktivis terkenal Abang Ali yang sering bersama Yusuf Azmi (Semboyan) dimaklumkan telah menghembuskan nafasnya yang…

6 hours ago

Remy Ishak tak selesa bawa isteri pergi majlis

Pelakon Remy Ishak, 39 tahun, telah pun menamatkan zaman bujangnya pada bulan Ogos tahun 2021.…

7 hours ago

“Rela pegang ular atau pencuri masuk, berbanding jumpa hantu” ~Nora Danish

Demi menjayakan wataknya, pelakon popular Nora Danish sanggup memberanikan diri dan memegang haiwan reptilian iaitu…

10 hours ago

“Saya beritahu Bella, kita kena hormati pandangan orang lain” Aliff Aziz

Finalis Gegar Vaganza musim kelapan iaitu Aliff Aziz tak terlepas dari komen kurang baik dari…

1 day ago

“Ianya satu mimpi ngeri” Nynaa sebak bila teringat, suami upah dua bodyguard

Semua pun tahu tentang kisah yang melanda rumah tangga pelakon Nynaa Harizal dan suaminya, ahli…

1 day ago

Mira Filzah sah hamil, usia kandungan lebih kurang 6 bulan, Tahniah!

Teka teki tentang kehamilan pelakon jelita Mira Filzah akhirnya telah terjawab. Semalam, menerusi satu posting…

1 day ago

This website uses cookies.