“Takkan pakai baju costume Santa Claus pun salah” – Fasha Sandha

4,139 views

Sambutan hari Christmas telah berlangsung pada 25 Disember yang lalu. Di Malaysia ianya turut dirayakan dan ini termasuklah golongan selebriti yang muatnaik foto di Instagram.

Akan tetapi, dikatakan tidak boleh untuk muslimin dan muslimah untuk turut merayakan sambutan berkenaan, apatah lagi bersama-sama memakai pakaian ketika sambutan Christmas seperti pakaian, topi santa claus dan pokok hiasan.

Antara yang paling hangat ialah Awal Ashaari, Scha Alyahya dan juga keluarga Marion Caunter. Namun yang terbaru ialah Fasha Sandha.

Fasha Sandha dan suaminya Aidil Aziz ada muatnaik gambar anaknya memakai costume santa claus, siap dengan topi lagi. Apa lagi, gambar berkenaan terus menerima teguran dari warga maya.

Melihat begitu banyak teguran, akhirnya Fasha telah delete gambar tersebut dan kemudian membuat luahan hati. Jom baca.

“Pada hari semalam. saya ada post foto anak saya, baby Aisha pakai baju cute costume Santa Claus, namun, ada pula ramai pula ustaz, ustazah netizen masuk. Dah tak ada kerja agaknya dorang ni, banyak ustaz dan ustazah jadian.”

“Apa problem nya kalau anak saya pakai costume macam itu, hanya untuk suka-suka saja, namun ada yang cakap konon saya pun nak sambut Christmas. Habis kalau pakai baju cheongsam dan sari, adakah ianya salah dan haram.”

“Tolong jangan buat agama Islam ni macam rumit sangat. Takkanlah pakai baju Santa Claus pun salah kan, jangan bagi orang takut dengan agama kita ni. Ingatlah saudaraku semua.”

“Come on lah, pemakaian tak melambangkan hati seseorang pun. Bukannya bermaksud pakai jubah itu baik. Tetapi jangan nak judge orang lain melalui pemakaian sahaja. Saya ada saja lihat depan mata, ada wanita dah tutup aurat sepenuhnya, belajar pun tinggi sampai universiti tapi sebenarnya pengotor, malas dan selalu lawan cakap orang tuanya.”

“Ada yang pada pakaian luar nampak macam sosial, belajar pun biasa-biasa saja tapi dia seorang yang pembersih, utamakan solat, utamakan family dan sentiasa hargai orang lain. Oleh itu, mengapa nak nilai orang dari pakaian luar. Enough cari kesilapan orang lain. Pokok pangkalnya berbalik semula kepada hati.”

“Dah tiada kerja, tiba-tiba anak aku Aisha Amaira yang baru umur empat bulan pun nak komen macam-macam hanya kerana pakai kostum ini.”

“Get a life please. Tak habis-habis semua kena hentam, orang melamar secara terbuka pun korang sibuk nak cakap bukan-bukan, orang sweet lepas tu buat video pun korang komen dan cakap bab agama. Jika tidak suka, senang unfollow. If tak suka, tak payah tengok, tengok diri sendiri. Saya pun tidak sempurna.”

Itulah penjelasan dan luahan panjang lebar dari Fasha Sandha setelah anaknya kena dengan netizen.