Categories: Hiburan

Tangan patah, tulang senget, Achey kena bedah

Achey telah pun selamat jalani pembedahan di kedua belah tangannya semalam kerana tangannya telah patah dan retak.

Hal ini disahkan oleh isterinya Anne yang memuatnaik beberapa video suaminya itu dibawa ke hospital dan jalani rawatan.

Achey dibawa ke hospital pakar KPJ Batu Pahat setelah dia terjatuh ketika berada di kebun durian.

Menerusi satu perkongsian Anne mengatakan dan berharap tangan Achey tidak patah namun setelah pemeriksaan xray dibuat, ternyata kedua belah tangannya ada masalah.

Satu tangan retak manakala tangan sebelah lagi telah patah. Ini kenyataan dari Anne, isteri Achey,

“Doakan Achey Kintang Kintung semoga semuanya dipermudahkan, amin. Jatuh semasa di kebun durian pagi tadi. Achey kuat ya, harap-harap tak adalah yang patah. Musim durian tiba.”

“Alhamdulillah kembar, seorang nama Patah. Seorang nama Retak. Achey semoga cepat sembuh ye.”

Menerusi satu lagi video, Achey menunjukkan tangannya yang dilihat tulang di kawasan pergelangan tangannya telah senget.

Achey juga memberitahu bahawa satu pembedahan akan dibuat di tangannya itu untuk meluruskan tulang berkenaan.

Tak lama selepas itu, selesai saja pembedahan, Anne muatnaik satu lagi video menunjukkan keadaan terkini suaminya itu.

Achey dalam keadaan yang baik dan telah selesai jalani operation di tangannya itu.

“Ujian diberi maknanya Allah sayang kat kita, jalan terus selagi ada kudrat diri ini. Terima kasih saya baru lepas operation, terima doakan saya. Insya Allah saya akan kembali pulih, Peace you all, Alhamdulillah.”

Walaupun di hospital, Achey dan isteri tetap ceria dan telah menghiburkan para followernya dengan beberapa video.

Salah satunya video menunjukkan kedua-dua belah tangan Achey telah berbalut.

Apapun semoga Achey cepatlah sembuh dari kecederaan tangannya itu.

Share

Recent Posts

Dato Seri Vida dedah punca sebenar datang rumah Iqbal jam 3 pagi

Kisah antara Dato Seri Vida masih lagi belum berakhir apabila jutawan berkenaan hadir ke rumah…

10 hours ago

“Saya bukan pelawak, memang bukan bidang tetapi..” Ini komen Uqasha Senrose

Uqasha Senrose telah menjadi pilihan pihak produksi sebagai salah seorang juri untuk pertandingan lawak terkenal,…

1 day ago

Dato Seri Vida masuk ke kawasan rumah tanpa pengetahuan Iqbal pada jam 3 pagi

Ahmad Iqbal sekali lagi mendedahkan sesuatu yang mengejutkan hari ini. Ini apabila sekitar jam 3…

2 days ago

Shahrol Shiro persoal pemilihan juri Maharaja Lawak Mega

Rancangan yang popular di Malaysia iaitu Maharaja Lawak Mega 2021 telah bermula malam tadi. Sebanyak…

2 days ago

“Caprice berlagak, syok sendiri, nak ikut pendapat dia saja” Iqbal pilih Floor88

Usahawan yang kini sedang viral iaitu Ahmad Iqbal mengambil peluang nama sedang naik dan mahu…

3 days ago

“Ingatkan Pak Nil tadi” Komen netizen kepada foto Juliana Evans

Sekarang kerajaan dah pun buka border, dan semua boleh rentas negeri untuk pulang ke kampung…

3 days ago

This website uses cookies.